Utusan Borneo (Sabah)

CMSCI sentiasa terbuka, libat komuniti Mambong dalam loji simen bersepadu

-

KUCHING: Pihak CMS Cement Industries (CMSCI) sejak 2014 sentiasa mengamalka­n sifat terbuka dengan melibatkan komuniti Mambong dan kawasan sekitarnya dalam loji simen bersepadu syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Kumpulan CMS Goh Chii Bing berkata, sejak beberapa tahun lalu pihaknya mendengar banyak luahan mengenai kebimbanga­n penduduk terhadap tahap habuk dan kesannya.

“Terdapat juga penduduk kampung yang menyuaraka­n kebimbanga­n mereka terhadap lori yang dipandu laju dan berbahaya di kawasan itu.

“Terdorong untuk membantu, CMSCI memulakan sesi dialog pertama pada 2014 bertujuan memberi penjelasan kepada ketuaketua kaum dan ahli jawatankua­sa kampung bahawa kami memantau secara serius masalah habuk berkenaan.

“Malah, CMSCI turut memasang ‘Continuous Emission Monitoring System’ (CEMS) dengan alat pengesan dipasang pada cerobong kilang dan telah disahkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS),” ujarnya pada pertemuan dengan penduduk Kampung Mambong dan kawasan sekitarnya baru-baru ini.

Sementara bagi mengawal kenderaan berat yang dipandu laju dan berbahaya, Goh berkata pihaknya telah menunjukka­n bukti bahawa ia bukan kakitangan CMSCI.

CMSCI tegasnya, mahu membantu komuniti setempat dibangunka­n secara positif.

Malah katanya, pihaknya telah menetapkan sasaran 60 peratus daripada tenaga kerja CMSCI akan diambil daripada komuniti yang tinggal di dalam radius 20 kilometer dari loji tersebut.

Dialog tahunan kelima itu turut dihadiri Temenggung Bidayuh Bahagian Kuching Temenggung Austin Dimin Niyon, wakil Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin, ketua-ketua kaum dan ahli jawatankua­sa dari pelbagai kampung sekitar Mambong dan ahli-ahli pengurusan CMSCI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia