Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan sedia infrastruk­tur, kemudahan asas secukupnya: KM

-

BELAWAI: Kerajaan Sarawak akan memberi tumpuan kepada pembanguna­n luar bandar dengan menyediaka­n infrastruk­tur dan kemudahan asas yang secukupnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini termasuk mempercepa­tkan sambungan bekalan air ke kawasan luar bandar.

“Saya tahu, masalah kita di sini adalah bekalan air. Maka, kita dalam kerajaan negeri tidak dapat menunggu orang Melaya (kerajaan persekutua­n).

“Kini kita membuat satu pembanguna­n bekalan air yang menyeluruh dengan peruntukan RM2.8 bilion untuk rakyat luar bandar.

“Mahu atau tidak, kita terpaksa menggunaka­n dana kita sendiri. Jadi sebab itu, dalam masa dua tahun ini kita mahu mempercepa­tkan bekalan air dan saya minta Awang Tengah (Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan) untuk membantu Dr Rundi (Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom) dalam hal ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pesta Belawai 2018, perasmian Taman Pantai Belawai dan Penanaman Tukun Tiruan ‘Reef Ball’ di Perairan Pantai Belawai-Paloh di Kampung Belawai di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dan Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusof Abd Wahab.

Abang Johari berkata, hasil perjuangan pemimpin kini dan terdahulu, Kuala Rajang dan kawasan sekitarnya mengalami pembanguna­n berbanding 30 hingga 40 tahun lalu

Katanya, semasa pertama kali melawat Belawai di Kuala Rajang ketika menjadi Menteri Muda Pertanian dan Pembanguna­n Masyarakat 30 tahun lalu, kawasan tersebut tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

“Tetapi, hari ini kita melihat kawasan ini telah berubah, seluruh kawasan Tanjung Manis berubah dan dalam pertengaha­n 80-an, kita mula membangunk­an Tanjung Manis, tempat perindustr­iannya dan juga rancangan jangka panjang pembanguna­n di Kuala Rajang.

“Ini adalah suatu perubahan yang begitu besar dan kerajaan sangat prihatin dengan rakyat,” ujarnya yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Sarawak.

Terdahulu, Len Talif dalam ucapannya berkata, selain perasmian Pesta Belawai 2018 turut berlangsun­g ialah majlis penanaman 600 tukun tiruan ‘reef ball’ perairan Pantai Belawai-Paloh.

“Justeru, jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri kerana beliau telah menyokong dan bersetuju menyumbang dana sebanyak RM10 juta melalui Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli untuk ‘Projek Reef Ball Sarawak’ pada kali ini,” katanya.

 ??  ?? ABANG JOHARI (dua kanan) menandatan­gani plak perasmian Taman Pantai Belawai, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Len Talif, Awang Tengah, Abdullah serta yang lain.
ABANG JOHARI (dua kanan) menandatan­gani plak perasmian Taman Pantai Belawai, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Len Talif, Awang Tengah, Abdullah serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia