Utusan Borneo (Sabah)

TDC Group Thailand kaji kemungkina­n sertai TRX?

-

BANGKOK: TDC Group, antara konglomera­t terbesar Thailand, sedang mengkaji untuk memperluas pelaburan semasanya di Malaysia, temasuk kemungkina­n pembabitan dalam industri perkhidmat­an di Tun Razak Exchange (TRX).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking yang bertemu Pengerusi TCC Group, Tan Sri Charoen Sirivadhan­abak di sini beberapa hari lepas, berkata jutawan perniagaan itu menyatakan hasratnya untuk mengembang­kan pelaburann­ya di Malaysia.

“Jutawan itu menyatakan bahawa beliau merancang meluaskan pelaburan di Malaysia, dan kami mengalualu­kannya dan menugaskan pegawai kami untuk melihat bagaimana ia boleh dilrealisa­sikan,” katanya kepada Bernama dalam temu bual pada akhir lawatan kerjanya ke Thailand, pada Sabtu.

Mesyuarat sambil makan malam bersama Charoen, antara ahli perniagaan terkemuka Thailand, dengan perniagaan merangkumi beberapa industri, termasuk makanan dan minuman, hartanah, barangan pengguna dan perdaganga­n, berjalan dengan baik, kata Darell.

Berli Jucker Pcl (BJC), sebahagian daripada TCC Group, sudah pun menjadi penggiat utama industri di Malaysia.

Berdasarka­n empayar perniagaan­nya yang semakin berkembang di seluruh dunia, nilai bersih semasa Charoen dianggarka­n AS$13.7 bilion, seperti yang dilaporkan oleh majalah AS, Forbes, menjadikan­nya individu terkaya di Thailand.

Ditanya sama ada pelaburan masa depan oleh Kumpulan TCC di Malaysia akan termasuk TRX, Darrel enggan memberikan jawapan pasti, namun berkata konglomera­t itu sedang mengkaji pengembang­an infrastruk­tur sedia adanya di Malaysia, termasuk dalam industri perkhidmat­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia