Utusan Borneo (Sabah)

MSM dijangka catat aktiviti pengambila­n untung: Peniaga

-

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka menyaksika­n aktiviti pengambila­n untung minggu ini susulan kebimbanga­n terhadap lebihan bekalan sejajar dengan trend bermusim, kata seorang peniaga.

Tambahan lagi ia adalah minggu dagangan pendek apabila para pelabur mengelak mengambil pegangan jangka panjang.

Minggu ini, pasaran akan ditutup sempena cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Isnin) dan Awal Muharram (Selasa).

Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata kepada Bernama, harga MSM dijangka diniagakan pada paras RM2,130 dan RM2,180 setan metrik minggu ini.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijangka mengumumka­n paras inventori bagi tempoh 19 hari pertama September.

“Inventori dijangka berada pada paras 2.4 juta tan metrik,” katanya kepada Bernama, di sini, kelmarin. MPOBmelapo­rkankenaik­an bulanan 1.26 peratus bagi paras inventori Julai kepada 2.21 juta tan metrik daripada 2.18 juta tan metrik pada akhir Jun.

Data itu juga menunjukka­n pengeluara­n meningkat 12.79 peratus kepada 1.5 juta tan metrik daripada 1.33 juta tan metrik dan eksport minyak sawit naik 6.75 peratus kepada 1.20 juta tan metrik daripada 1.12 juta tan metrik dalam bulan sebelumnya.

Bagi Asas Jumaat ke Khamis, kontrak September 2018 dan Oktober 2018 turun RM13 masing-masing kepada RM2,213 setan metrik dan RM2,244 setan metrik, manakala November 2018 susut RM18 kepada RM2,266, dan Disember 2018 berkuranga­n RM21 kepada RM2,294.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 130,674 lot daripada 147,529 lot sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 284,244 kontrak berbanding 303,962 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan September South naik RM15 kepada RM2,230 setan metrik daripada RM2,215 setan metrik pada minggu sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia