Utusan Borneo (Sabah)

Bertanding secara sihat

Dalam pemilihan pimpinan tertinggi PKR

-

SIBU:Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatk­an calon-calon yang mengambil bahagian dalam pemilihan pimpinan tertinggi parti itu supaya bertanding secara sihat dan dalam satu keluarga besar demi memperkuku­h parti itu.

Pemilihan pimpinan tertinggi PKR, yang dijadual 22 Sept hingga 28 Okt ini di seluruh negara, akan menyaksika­n pertanding­an semua peringkat kecuali jawatan presiden yang dimenangi Annuar tanpa bertanding bulan lepas.

Beliau menegaskan, tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana calon yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an mereka supaya tidak bersikap kasar, bergaduh, mencerca dan memaki hamun semata-mata untuk menang.

“Pertanding­an hendaklah (secara) sihat dalam keluarga besar. Kalau ada saya terima mana-mana laporan serius, saya tak peduli, you siapa (samada) you menang (atau) you kalah. Kita perlu selamatkan parti. Tiada kompromi,” tegasnya semasa berucap pada majlis makan ‘Melangkah Ke Arah Kegemilang­an Baru Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim’ di sini, pada Sabtu malam.

Anwar berkata, para perwakilan parti perlu memilih pemimpin terbaik dari kalangan calon yang disenarai bertanding.

Beliau turut mengesahka­n terdapat tiga kerusi parlimen yang ditawarkan untuk beliau tandingi pada pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat ini bagi membolehka­nnya kembali ke parlimen sebelum bulan Oktober tahun ini.

Bagaimanap­un beliau tidak menyatakan nama kerusi-kerusi Parlimen itu

“Pertanding­an hendaklah (secara) sihat dalam keluarga besar. Kalau ada saya terima mana-mana laporan serius, saya tak peduli, you siapa (samada) you menang (atau) you kalah. Kita perlu selamatkan parti. Tiada kompromi,” DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

dan kerusi mana yang akan ditandingi.

Terdahulu Pengerusi PKR Sarawak merangkap Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian berkata, sokongan rakyat negeri ini yang mahukan perubahan kerajaan telah membolehka­n Pakatan Harapan berjaya memenangi 10 daripada 30 kerusi Parlimen di Sarawak dan kini bertambah kepada 12 kerusi berikutan kemasukan calon bebas.-

 ?? -Gambar Bernama ?? ANWAR (kanan) berbincang sesuatu dengan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian yang juga Menteri Kerja Raya pada majlis makan malam ‘Melangkah Ke Arah Kecemerlan­gan Baru Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim’ pada Sabtu malam.
-Gambar Bernama ANWAR (kanan) berbincang sesuatu dengan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian yang juga Menteri Kerja Raya pada majlis makan malam ‘Melangkah Ke Arah Kecemerlan­gan Baru Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim’ pada Sabtu malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia