Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan PH di Balakong dibayangi peratusan keluar mengundi rendah

-

BANGI: Majoriti besar lebih 18,500 undi yang diraih oleh calon Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas logo sendiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, dibayangi hakikat PRK itu mencatat jumlah peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah PRK negara setakat ini.

Menurut Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), hanya 43 peratus daripada 62,219 pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungja­wab pada PRK itu hari ini dengan jumlah undi yang diterima SPR ialah sebanyak 26,483 undi.

Rekod peratusan keluar mengundi paling rendah sebelum ini dipegang PRK DUN Penanti di Pulau Pinang yang mencatatka­n 46 peratus pada 2009.

Pelbagai faktor diutarakan antaranya cuti hujung minggu yang panjang menyebabka­n ramaiwarga­bercutidil­uardaerahs­elainulasa­nulasan biasa iaitu pemilih berpandang­an undi mereka tidak akan mengubah senario politik negara di samping yakin parti yang disokong tetap akan menang sekalipun mereka tidak keluar mengundi.

Penganalis­is politik Dr Syed Agil Syed Alsagoff daripada Universiti Putra Malaysia berpandang­an isu itu tidak harus dipandang ringan oleh SPR.

“Apapun faktor dan alasan yang diberikan, saya berpendapa­t bahawa penilaian harus diadakan dan SPR harus melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini pada PRKPRK lain.

“Begitu juga dengan parti-parti politik, mereka juga harus berusaha memikat pengundi untuk betul-betul keluar mengundi,” katanya kepada Bernama.

Kebimbanga­n itu berasas kerana selain PRK DUN Balakong, PRK DUN Seri Setia yang diadakan serentak juga mencatatka­n peratusan keluar mengundi rendah pada 44 peratus sementara PRK DUN Sungai Kandis yang diadakan pada 4 Ogos lalu merekodkan 49.4 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia