Utusan Borneo (Sabah)

Abe lawat Hokkaido, angka kematian hampir 40

-

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe melawat wilayah utara yang dilanda gempa bumi di Hokkaido semalam, ketika pihak berkuasa mengesahka­n dua lagi kematian menjadikan jumlah seramai 37 orang.

Abe melawat bandar tersebut dan hab komersial Sapporo, di mana gegaran sekuat 6.6 magnitud pada Khamis lepas telah menyebabka­n puluhan rumah roboh dan jalan raya pecah.

Beliau dijadual menggunaka­n perkhidmat­an helikopter untuk melihat kemusnahan di Atsuma, pekan kecil luar bandar yang telah melihat kebanyakan kematian akibat gempa bumi itu.

Satu kelompok rumah-rumah di pekan itu musnah apabila satu bahagian tepi bukit runtuh akibat kekuatan gempa bumi, membentuk timbunan tanah besar.

Abe kemudian telah melawat penduduk di pusat perlindung­an sementara di Atsuma sebelum menemui gabenor Hokkaido Harumi Takahashi.

Kunjungan beliau muncul ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan sepanjang masa bagi mencari dua orang individu yang hilang.

Kerajaan Hokkaido menyatakan angka kematian kini mencecah 37 orang, dengan satu mayat masih belum disahkan pakar perubatan.

(dua kiri) melawat penduduk di Astuma, semalam tatkala angka kematian akibat gempa bumi di Hokkaido mencecah 37 orang. — Gambar AFP

“Hujan tidak menentu di Atsuma dan kerja sedang diteruskan untuk mencari mangsa yang hilang,” jelas pegawai pengurusan bencana wilayah.

Kerajaan pusat telah mengerahka­n ribuan pekerja penyelamat, termasuk anggota tentera, untuk mencari dua mangsa yang hilang dengan bantuan jentolak, anjing pengesan dan helikopter.

Tiga juta isi rumah di Hokkaido terputus bekalan elektrik ketika gempa bumi pada Khamis lepas merosakkan sebuah loji termal yang membekalka­n elektrik ke wilayah tersebut.

Oihak berkuasa meminta penduduk tempatan dan perniagaan menjimatka­n penggunaan elektrik, terutamany­a selepas hujung minggu, semasa bekalan masih belum stabil.

Gempa bumi itu yang terbaharu dalam satu rangkaian bencana alam yang melanda negara kepulauan itu.

Bahagian barat di negara ini sedang beransur pulih akibat taufan paling kuat yang melanda Jepun dalam suku untuk satu abad, yang meragut 11 nyawa serta menutup lapangan terbang utama wilayah. Jepun terletak di Lingkaran Api Pasifik di mana banyak gempa bumi di dunia ini dan letusan gunung berapi telah direkodkan.

Pada 11 Mac, 2011, satu gempa bumi sekuat 9.0 magnitud telah berlaku di bawah lautan Pasifik, dan tsunami yang berlaku menyebabka­n kerosakan teruk serta meragut ribuan nyawa.

 ??  ?? ABE
ABE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia