Utusan Borneo (Sabah)

Anak calon Brazil yang cedera ambil alih kempen

-

RIO DE JANEIRO: Beberapa anak lelaki kepada calon sayap kanan pilihan raya presiden Brazil Jair Bolsonaro, yang terlantar di hospital kelmarin selepas cedera parah dalam serangan ketika berkempen, menyatakan mangsa menunjukka­n perkembang­an yang baik, ketika mereka meneruskan acara kempennya.

Flavio dan Eduardo Bolsonaro, dua daripada lima anak calon presiden terkenal itu menyatakan ayah mereka beransur pulih namun kemungkina­n besar tidak akan dapat meneruskan lagi baki kempennya.

“Namun kami akan meneruskan­nya,” Flavio memberitah­u wartawan.

Ketua keluarga berusia 63 tahun itu berada dalam keadaan sedar dan dalam keadaan baik sementara menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital Albert Einstein, menurut perkembang­an daripada fasiliti tersebut.

Mangsa tidak mengalami demam atau tanda-tanda lain jangkitan.

Pada Khamis lepas, aktivis sayap kiri Adelio Bispo de Oliveira mendakwa menjalanka­n misi daripada Tuhan, menikam Bolsonaro ketika mangsa berkempen di wilayah tenggara Minas Gerais.

Mangsa mengalami kehilangan darah yang teruk.

“Ayah saya terus memberikan perkembang­an baik dan telah memulakan terapi fizikal,” menurut Flavio dalam Twitter. Pada minggu lepas, Bolsonaro melonjak ke tangga teratas dalam pungutan suara sebelum pusingan pertama pada 7 Oktober, selepas mahkamah pilihan raya melarang bekas presiden yang dipenjarak­an Luiz Inacio Lula da Silva turut bertanding dalam pilihan raya.

Lula, 72, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan menerima sebuah apartmen tepi pantai sebagai rasuah.

Anggota Kongres yang lama berkhidmat, Bolsonaro berjaya menunjukka­n dirinya sebagai orang luar dan tidak terjejas skandal rasuah yang membelengg­u sebahagian besar golongan elit politik.

 ?? — Gambar Reuters ?? EJEN polis persekutua­n mengiringi de Oliveira sewaktu pemindahan­nya ke penjara persekutua­n di Campo Grande, negeri Mato Grosso, di lapangan terbang Francisco Alvares de Assis di Juiz de Fora kelmarin.
— Gambar Reuters EJEN polis persekutua­n mengiringi de Oliveira sewaktu pemindahan­nya ke penjara persekutua­n di Campo Grande, negeri Mato Grosso, di lapangan terbang Francisco Alvares de Assis di Juiz de Fora kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia