Utusan Borneo (Sabah)

PM republik pemisah Georgia maut nahas kereta

-

MOSCOW: Perdana Menteri republik pemisah Abkhazia di Georgia maut dalam kemalangan kereta lewat kelmarin, menurut kerajaan tempatan.

Gennady Gaguliya, 70, terkorban dalam kemalangan di jalan raya antara Psou di selatan Rusia dan Sukhumi di wilayah terpisah, menurut kenyataan dalam laman sesawang kabinet Abkhazia.

Agensi berita TASS di Rusia melaporkan Galuliya dalam perjalanan pulang dengan delegasiny­a dari Syria.

Pemandu dan beberapa orang pengawal keselamata­nnya tidak mengalami kecederaan, agensi berita memetik jurucakap kerajaan sebagai berkata.

Republik itu diketuai presiden Raul Khajimba.

Moscow telah menjadi salah satu daripada beberapa ibu negara yang mengiktira­f kemerdekaa­n Abkhazia, bersama republik pemisahan Ossetia Selatan, selepas peperangan Rusia-Georgia selama satu dekad lepas.

Dua wilayah itu meliputi 20 peratus daerah Georgia.

Georgia dan sekuru Baratnya telah mengecam penaklukan Rusia yang berterusan terhadap wilayahnya dan menuntut agar Kremlin menarik balik pengiktira­fan terhadap Abkhazia dan Ossetia Selatan.

Georgia dan Moscow ketuanya ketika era Soviet telah lama berbalah mengenai usaha Tbilisi untuk menyertai Kesatuan Eropah dan NATO, dengan konfrontas­i menular dalam peperangan sepenuhnya pada Ogos 2008.

Rusia menempatka­n beberapa pangkalan tetap tentera di wilayah terpisah itu selepas konflik tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia