Utusan Borneo (Sabah)

Nadal terlepas peluang beraksi di separuh akhir Piala Davis kerana kecederaan

-

MADRID, Sepanyol: Rafael Nadal tidak akan dapat beraksi pada perlawanan separuh akhir Piala Davis di mana pasukannya, Sepanyol akan menentang Perancis minggu ini kerana kecederaan lutut yang memaksa beliau menarik diri dari perlawanan separuh akhir Terbuka Amerika (AS), menurut persekutua­n tenis Sepanyol Sabtu lepas.

“Rafa Nadal tidak akan dapat beraksi pada perlawanan menentang Perancis di Lille. Kecederaan lutut yang beliau alami Jumaat lepas di Terbuka AS menghalang­nya untuk bermain pada perlawanan separuh akhir ini,” kata kapten pasukan Sepanyol, Sergi Bruguera dalam satu kenyataan.

“Kami berharap beliau cepat sembuh dan kami mahu berterima kasih kepada beliau di atas segala sokonganny­a untuk pasukan Sepanyol dalam Piala Davis.”

Tempat beliau akan diganti oleh pemain ranking ke-52 dunia, Albert Ramos-Vinolas untuk perlawanan pada 14 hingga 16 September ini menentang juara bertahan ketika Sepanyol memburu final pertama mereka sejak 2012.

Nadal ketinggala­n 0-2 ketika menentang Juan Martin del Potro pada perlawanan separuh akhir Jumaat lepas sebelum kecederaan di bahagian lutut menyebabka­n beliau terpaksa menarik diri.

“Saya tahu apa kecederaan saya,” kata Nadal selepas perlawanan itu. “Saya tahu apa yang berlaku di bahagian lutut saya dan saya tahu bagaimana untuk kembali pulih secepat mungkin.”

Ia adalah kali kedua Nadal menarik diri pada kejohanan Grand Slam selepas menarik diri pada set kelima pada perlawanan suku akhir Terbuka Australia menentang Marin Cilic. – AFP

 ??  ?? NADAL
NADAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia