Utusan Borneo (Sabah)

Diego Maradona dapat sambutan hangat di Mexico

-

CULIACÁN, Mexico: Diego Maradona tiba dengan sambutan hangat di Mexico Sabtu lepas sebagai pengarah teknikal untuk kelab divisyen dua, Dorados di sini.

“Selamat datang Tuhan Emas! Terima kasih Tuhan, terima kasih Maradona!” menurut beberapa sepanduk yang dibawa penyokong ketika menyambut ketibaan beliau di lapangan terbang Culiacan.

Berpakaian serba-hitam tetapi memakai rantai emas dengan skaf hitam dan putih simbol kelab, Dorados, Maradona tidak bercakap kepada mana-mana penyokong yang menyambut ketibaanny­a.

Ditemani pegawai kelab dan peguamnya, Maradona tidak membuang masa mengharung­i lautan peminat dan wartawan untuk dibawa bertemu dengan pemain kelab.

Maradona, 57, mungkin merupakan salah seorang pemain terhebat bola sepak dunia dan membantu Argentina memenangi Piala Dunia 1986 di Mexico tetapi persekitar­an baharu beliau itu adalah berbeza dengan rekod yang juga kurang menyerlah sebagai jurulatih.

“Apabila seseorang seperti Diego datang, ia lebih kepada minat beliau berband- ing tawaran wang,” kata Jose Antonio Nunez, presiden sebuah kelab di mana pemiliknya, keluarga Hank, dituduh mempunyai kaitan dengan industri mewah dan ganas pengedaran dadah di Mexico.

“Beliau tahu macam mana untuk bermula dari bawah, beliau tahu nilai sebuah liga bawahan.”

Dua pengalaman pertama Maradona sebagai jurulatih ialah di kelab tidak terkenal di Mandiyu dan kemudian kelab lebih popular Racing Club di Argentina tetapi hanya mencipta tiga kemenangan keseluruha­n dari 23 perlawanan selepas menyambung karier bermain untuk seketika.

Pa pun, beliau masih dilantik untuk membimbing Argentina pada 2008 dan membawa pasukan ke peringkat suku akhir di Piala Dunia 2010, di mana mereka dimalukan 0-4 oleh Jerman.

Peminat kelab, yang belum melihat pasukan mereka menang setakat musim ini, tidak begitu mengambil perhatian dengan kredibilit­i Maradona sebagai jurulatih dengan tugas terakhir beliau ialah membimbing kelab divisyen dua Al Fujairah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

 ?? -Gambar Reuters ?? MARADONA sewaktu tiba di lapangan terbang Mexico.
-Gambar Reuters MARADONA sewaktu tiba di lapangan terbang Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia