Utusan Borneo (Sabah)

Sepanyol cemari faktor ceria England pada Piala Negara UEFA

-

LONDON, Sepanyol: England gagal meneruskan rentak cemerlang selepas melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2018 apabila memulakan kejohanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) dengan kekalahan 1-2 kepada Sepanyol pada perlawanan di Wembley, yang juga perlawanan pertama Luis Enrique sebagai jurulatih baharu Sepanyol Sabtu lepas.

England tidak mengharapk­an permulaan lebih baik pada perlawanan pertama mereka sejak Piala Dunia apabila Marcus Rashford membuka jaringan pada awal permainan.

Tetapi Sepanyol, yang tersingkir di pusingan kedua pada kempen Piala Dunia bermasalah di mana jurulatihn­ya, Julen Lopetegui dipecat sehari sebelum kejohanan, memusnahka­n semangat baik England dengan menjaringk­an dua gol menerusi jaringan Saul Niguez dan Rodrigo sebelum rehat.

Keadaan menjadi lebih buruk buat England apabila Luke Shaw terpaksa dikeluarka­n dari padang pada awal separuh masa kedua kerana kecederaan di bahagian kepala.

Tetapi hanya tiga aksi cemerlang dari penjaga gol Sepanyol, David de Gea dan keputusan kontrovers­i pengadil tidak membenarka­n gol lewat Danny Welbeck menafikan anak buah Gareth Southgate sekurang-kurangnya satu mata.

Kapten England, Harry Kane, menerima anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia dengan suasana meriah sebelum sepak mula yang diteruskan dengan gol awal England.

Shaw, yang membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama bersama England sejak tiga tahun ekoran kecederaan patah kaki dan kehilangan prestasi pada dua musim terakhir.

Beliau menebus kekecewaan itu dengan melakukan satu hantaran lintang cantik yang disempurna­kan Rashford tetapi penyokong England tersentak dua minit kemudian apabila Sepanyol mengikat kedudukan selepas umpanan Rodrigo disempurna­kan Saul untuk gol antarabang­sa sulung beliau.

Kekuatan England adalah berdepan cubaan dari tendangan bola mati tetapi mereka bolos dari satu tendangan percuma Thiago Alcantara yang disempurna­kan Rodrigo.

 ?? -Gambar Reuters ?? GOL lewat Danny Welbeck tidak dibenarkan pengadil perlawanan.
-Gambar Reuters GOL lewat Danny Welbeck tidak dibenarkan pengadil perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia