Utusan Borneo (Sabah)

NYT dedah pertemuan rahsia pegawai Trump, Venezuela

Laporan akhbar AS itu dakwa rancangan untuk gulingkan Maduro agenda utama perbincang­an

-

WASHINGTON: Pegawai pentadbira­n Presiden Donald Trump menemui secara rahsia dengan beberapa pegawai tentera Venezuela bagi membincang­kan rancangan untuk mengguling­kan Presiden Nicolas Maduro namun kemudian memutuskan untuk tidak membantu, lapor The New York Times kelmarin.

Trump mengkritik tegas rejim haluan kiri Maduro, ketika Venezuela terjerumus ke dalam krisis ekonomi dan kemanusiaa­n yang teruk yang mencetuska­n bantahan ganas serta menimbulka­n gelombang penghijrah­an ke negara–negara berhampira­n.

Seorang jurucakap bagi Majlis Keselamata­n Negara dalam kenyataan kepada AFP, menyatakan, “Polisi AS merujuk kepada kepulangan secara aman dan teratur demokrasi di Venezuela masih belum berubah.”

“Kerajaan Amerika Syarikat mendengar setiap hari mengenai kebimbanga­n rakyat Venezuela dari segenap lapisan masyarakat.

“Mereka berkongsi satu sasaran iaitu pembinaan semula demokrasi di negara asalnya,” tambah jurucakap Garrett Marquis.

“Penyelesai­an berterusan terhadap krisis yang bertambah teruk di Venezuela hanya boleh muncul selepas pengembali­an pentadbira­n oleh amalan demokratik, perlaksana­an undang-undang dan menghormat­i asas hak asasi manusia dan kebebasan.”

The Times, memetik pegawai Amerika yang tidak dinyatakan namanya serta bekas komander tentera Venezuela yang mengambil bahagian rundingan rahsia, menyatakan rancangan rampasan kuasa tertangguh.

Di dalam Twitter, menteri Luar Venezuela Jorge Arreaza mengecam campur tangan dan bantuan kerajaan AS terhadap pihak tentera yang merancang untuk mengguling­kan Maduro.

“Di dalam media AS, bukti baharu dan menjijikka­n jelas dilihat,” menurut beliau.

Selepas dron yang membawa bahan letupan dikatakan meletup berhampira­n Maduro dalam satu majlis 4 Ogos di Caracas.

Beliau mempersala­hkan AS, Colombia dan musuhmusuh domestikny­a sebagai bertanggun­gjawab dalam kejadian itu.

Jabatan Negara mengecam kejadian itu sebagai keganasan politik, namun turut mengecam apa yang ia katakan sebagai penahanan sewenangwe­nangnya dan pengakuan suspek secara paksaan.

Penasihat Keselamata­n Negara AS John Bolton telah menegaskan tiada penglibata­n kerajaan AS dalam insiden tersebut.

Pada Ogos 2017, laporan media menyatakan Trump telah menanyakan kepada penasihat utama mengenai potensi penaklukan ke atas Venezuela.

Kira-kira pada waktu yang sama, beliau menyatakan secara umum bahawa beliau tidak menolak pilihan tentera untuk menamatkan kekecohan di sana.

Kejatuhan ekonomi yang berasaskan minyak di Venezuela di bawah pemerintah­an kuku besi Maduro telah membawa kepada kekurangan teruk makanan dan ubat-ubatan.

Maduro mempersala­hkan AS atas kebanyakan masalahnya.

Idea bahawa pentadbira­n Trump mungkin dianggap menyokong cubaan rampasan kuasa kelihatan pasti akan menyebabka­n dakwaan sebegitu.

Mari Carmen Aponte, yang merupakan diplomat kanan AS bagi hal ehwal Amerika Latin di bawah pemimpin sebelum Trump, Barack Obama, memberitah­u Times bahawa ini akan berlaku seperti sebiji bom yang jatuh di wilayah ini.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail 4 Ogos menunjukka­n Maduro menyampaik­an ucapan sempena ulang tahun ke-81 Pengawal Negara di Caracas.
— Gambar AFP GAMBAR fail 4 Ogos menunjukka­n Maduro menyampaik­an ucapan sempena ulang tahun ke-81 Pengawal Negara di Caracas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia