Utusan Borneo (Sabah)

Jenayah pemerdagan­gan orang, lima PTI, dua tempatan ditahan

Terlibat jenayah pemerdagan­gan orang

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Seramai lima pendatang asing tanpa izin (PTI) dan dua warga tempatan ditahan polis setelah disyaki terlibat jenayah pemerdagan­gan orang dalam satu sekatan jalan raya di Batu Lima Jalan Segama, dekat sini pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Senior Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata tangkapan itu dibuat kira-kira jam 11.30 malam ketika menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu dalam keadaan mencurigak­an.

“Kesemua tujuh yang ditahan itu berusia antara 27 hingga 57 tahun iaitu pemandu

“Pemeriksaa­n di bahagian ‘bucket’ kenderaan juga mendapati beberapa buah beg berisi pakaian ” turut disimpan dipercayai milik PTI berkenaan. SENIOR ASISTEN KOMISIONER HAMZAH AHMAD Ketua Polis Daerah Lahad Datu

dan seorang daripadany­a memiliki kad pengenalan diri manakala lima lagi tidak memiliki pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaa­n di bahagian ‘bucket’ kenderaan juga mendapati beberapa buah beg berisi pakaian turut disimpan dipercayai milik PTI berkenaan,” katanya di sini, pada Ahad.

Hamzah berkata siasatan mendapati kesemua suspek dalam perjalanan dari ladang Kalabakan menuju ke Ladang Serimau dekat sini untuk bekerja.

Selain suspek-suspek ditahan untuk siasatan lanjut, kenderaan yang dinaiki suspek dirampas termasuk serangkai kunci kenderaan serta pelbagai jenis kunci lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (ATIPSOM).

 ??  ?? KENDERAAN yang dirampas.
KENDERAAN yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia