Utusan Borneo (Sabah)

Raih ilmu kemahiran di institusi diiktiraf

Pilihan tepat elak penuntut gagal dapat peluang pekerjaan selepas tamat pengajian

-

“Mengambil contoh, Rafflesia Academy merupakan salah satu institusi kemahiran dalam bidang kecantikan dan terapi spa diiktiraf dan mendapat kepercayaa­n daripada kerajaan termasuk ini.” badan-badan kewangan di negeri

DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Golongan belia negeri ini yang ingin mengikuti ilmu kemahiran disaran memilih institusi yang diiktiraf kerajaan.

Demikian saranan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Konvokesye­n Ke-4 Rafflesia Academy 2018 di Dewan Hikmah di sini, semalam.

Fatimah berkata, pemilihan institusi yang tepat mampu mengelak penuntut gagal mendapat peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Mengambil contoh, Rafflesia Academy merupakan salah satu institusi kemahiran dalam bidang kecantikan dan terapi spa diiktiraf dan mendapat kepercayaa­n daripada kerajaan termasuk badanbadan kewangan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata, bukan mudahbagis­esebuahins­titusi mendapat pengiktira­fan dan pengajian pelajarnya dibiayai kerajaan, namun Rafflesia Academy berjaya membuktika­n graduan mereka layak daripada segi kemahiran yang dikehendak­i oleh majikan dalam industri itu.

“Lebih-lebih lagi, bidang kursus atau pengajian yang ditawarkan di Rafflesia Academy seperti Diploma Terapi Spa diiktiraf oleh Vocational Training Charitable Trust (VTCT) iaitu sebuah badan pengiktira­fan antarabang­sa daripada United Kingdom.

“Justeru, syabas dan tahniah kepada institusi kemahiran ini atas usaha yang dibuat dalam membolehka­n para belia mengambil kursus yang mempunyai pengiktira­fan dalam sektor spa, kesihatan dan kecantikan,” katanya.

Sehubungan itu, Fatimah menasihatk­an graduan Rafflesia Academy untuk merebut peluang pekerajaan yang ada di pasaran selain komited untuk menambah pengalaman agar beroleh kejayaan dalam kerjaya masing-masing.

“Jika prestasi anda cemerlang, ‘career path’ atau perjalanan kerjaya anda juga pasti akan luas,” ujarnya.

Terdahulu, majlis itu menyaksika­n seramai 30 graduan Rafflesia Academy menerima sijil Diploma Terapi Spa bagi tahun ini.

Hadir sama, Pengarah Raflesia Academy Shirley Hasmani, dua Penasihat Rafflesia Academy Datuk Eddie Abdullah dan Dr Marteen Van Der Host serta tetamu kenamaan lain.

 ??  ?? FATIMAH menyampaik­an sijil Diploma Terapi Spa kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesye­n Ke-4 Rafflesia Academy 2018 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Shirley (dua kiri), Dr Marteen (kiri) dan Eddie (kanan).
FATIMAH menyampaik­an sijil Diploma Terapi Spa kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesye­n Ke-4 Rafflesia Academy 2018 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Shirley (dua kiri), Dr Marteen (kiri) dan Eddie (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia