Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan Ilmiah ke Kota Tarakan

Capai kesepakata­n dalam pembanguna­n dakwah Sabah, Kalimantan Utara

- Oleh ABDUL NADDIN HJ SHAIDDIN

WALAUPUN tempoh Kunjungan Ilmiah ke Kota Tarakan hanya tiga hari, tapi dalam waktu sesingkat itu, banyak kesepakata­n dicapai dalam pelbagai bidang khususnya dalam pembanguna­n dakwah di antara Sabah Malaysia dan Kalimatan Utara Indonesia.

Program Kunjungan Ilmiah Kota Tarakan Sosek Malindo itu dianjurkan oleh Majlis Perbandara­n Tawau dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah di bawah Jawatankua­sa Kerja Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia (Sosek Malindo).

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau, Alijus Haji Sipil yang mengetuai rombongan seramai 18 orang berkata beberapa perkara dibincangk­an dalam kunjungan ilmiah itu berkaitan sosial budaya, tatacara perkahwina­n, zakat, pendidikan agama dan sebagainya.

Beliau berkata, beberapa agensi serta jabatan yang berperanan dalam pembanguna­n dakwah di kedua-dua wilayah bertukar-tukar pandangan mengenai kemaslahat­an ummah. Rombongan juga dibawa berkunjung ke Pusat Islam Kota Tarakan, Maahad Tahfiz, Pesantren, Masjid serta sekolah.

Rombongan itu juga disertai Mufti Negeri Sabah Sahibus Samahah Ustaz Datuk Haji Bungsu Aziz Jaafar, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki, dan Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria.

Program Kunjungan Ilmiah itu berjaya menjalin hubungan dan kerjasama antara Sabah dan Kalimantan Utara khususnya Kota Tarakan.

Mufti Negeri Sabah Ustaz Datuk Haji Bungsu @Aziz Haji Jaafar menyifatka­n kunjungan itu berjaya merintis hubungan yang lebih bermakna pada masa hadapan dalam merancang kerjasama dalam pembanguna­n dakwah.

“Banyak yang boleh kita pelajari antaranya kejayaan mereka mendirikan banyak institusi Islam tanpa banyak bergantung kepada bantuan kerajaan, agihan dan pengurusan zakat serta komitmen mereka yang tinggi dalam menjalanka­n kerja-kerja dakwah tanpa mengharapk­an imbalan dan hanya bergantung kepada keredaan Allah,” katanya.

Sebaik tiba di Bandara Internasio­nal Juwata di Kota Tarakan, rombongan disambut di Bilik VIP oleh Wali Kota Tarakan Bapak Ir Sofian Raga Msi. Rombongan kemudian mendaftar masuk di Tarakan Plaza Hotel, Jalan Yos Sudarso.

Selepas solat Zohor, rombongan dijamu di kantor Walikota Tarakan dan seterusnya menghadiri taklimat sejarah dan pembanguna­n Kota Tarakan oleh Bapak Walikota, Ir Sofian Raga.

Rombongan Kunjungan Ilmiah itu kemudian mengadakan Forum Silaturahi­m dan Diskusi di Dewan Masjid Baitul Izzah, Pusat Islam Tarakan.

Dalam majlis forum yang turut dihadiri Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Tarakan Drs H Muhammad Anas, banyak isu yang dibincangk­an termasuk soal sijil halal beberapa produk makanan yang diragukan aspek halalnya. Selain itu, rombongan juga dibawa berkunjung ke beberapa organisasi yang berpejabat di Pusat Islam Kota Tarakan itu, antara MUI Kaltara, Sekretaria­t LPPTKA-BKPRMI dan Depot Iqro Kota Tarakan dan sebagainya.

Dari sana, rombongan dibawa ke Yayasan Pondok Pesantren Hidayatull­ah untuk menikmati jamuan makan seterusnya menunaikan solat Maghrib di sana. Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar juga diberi peluang untuk menyampaik­an tazkirah kepada jemaah.

Pada hari kedua, rombongan berkunjung ke Pondok Pesantren Raudhatul Quran di Gunung Lingkas. Ustaz Ayub Handrihadi menyampaik­an taklimat mengenai pembanguna­n ponpes Raudhatul Quran itu.

Dari sana, rombongan Kunjungan Ilmiah itu berangkat menuju Badan Zakat Nasional (Baznas) yang terletak di Selumit, Tarakan Tengah. Rombongan diberi taklimat oleh Wakil Ketua Baznas, H Eddy Djasmani SE.M.Ap.

Selepas itu, rombongan Kunjungan Ilmiah itu menikmati makan tengahari di RM Turi Ikan Bakar. Sebelum pulang ke hotel, rombongan sempat berkunjung ke Baloy Mayo Adat Tidung Tarakan.

Kepala Adat Besar Tidung Kalimantan, Adji Pengiran H Mochtar Basry Idris berbesar hati untuk menyambut kedatangan tamu dari Sabah itu.

Pada sebelah malamnya, Mufti Negeri Sabah dijemput untuk mengadakan pengajian akbar di Masjid Baiturrahi­m Gunung Lingkas Kota Tarakan, yang menjadi acara penutup Kunjungan Ilmiah di Kota Tarakan.

Sebelum pulang ke hotel, rombongan sempat singgah makan malam di warung Teras, sebuah restoran yang pernah dikunjungi Presiden Jokowi sewaktu berada di Tarakan.

Kunjungan Ilmiah selama tiga hari itu, walaupun singkat berjaya mencapai kesepakata­n dalam bidang sosial dan budaya khususnya pembanguna­n dakwah di antara kedua negara.

 ??  ?? ALIJUS menyampaik­an cenderamat­a kepada Ketua MUI Kota Tarakan, Dr H Muhammad Anas L. ISLAMIC Centre atau Pusat Islam Kota Tarakan.
ALIJUS menyampaik­an cenderamat­a kepada Ketua MUI Kota Tarakan, Dr H Muhammad Anas L. ISLAMIC Centre atau Pusat Islam Kota Tarakan.
 ??  ?? MUFTI Negeri Sabah menyampaik­an tazkirah di Masjid Yayasan Pondok Pesantren Hidayatull­ah.
MUFTI Negeri Sabah menyampaik­an tazkirah di Masjid Yayasan Pondok Pesantren Hidayatull­ah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota rombongan bergambar di hadapan Tarakan Plaza.
SEBAHAGIAN anggota rombongan bergambar di hadapan Tarakan Plaza.
 ??  ?? ROMBONGAN Kunjungan Ilmiah Sosek Malindo ke Kota Tarakan bergambar sebelum berangkat.
ROMBONGAN Kunjungan Ilmiah Sosek Malindo ke Kota Tarakan bergambar sebelum berangkat.
 ??  ?? ALIJUS menyampaik­an cenderamat­a kepada Walikota Tarakan, Bapak Ir Sofian Raga.
ALIJUS menyampaik­an cenderamat­a kepada Walikota Tarakan, Bapak Ir Sofian Raga.
 ??  ?? ROMBONGAN bergambar bersama Walikota Tarakan di kantor Walikota.
ROMBONGAN bergambar bersama Walikota Tarakan di kantor Walikota.
 ??  ?? BALOY Mayo Adat Tidung.
BALOY Mayo Adat Tidung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia