Utusan Borneo (Sabah)

Warga Kota Belud raikan Hari Wanita

-

KOTA BELUD: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyambut seruan kerajaan dengan meraikan program Hari Wanita Kebangsaan peringkat daerah Kota Belud.

Program sambutan Hari Wanita itu atas inisiatif Persatuan Komuniti TimesJ untuk memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada golongan wanita di daerah ini yang telah banyak mencurahka­n bakti kepada masyarakat.

Pengerusi Persatuan Komuniti TimesJ Jamaika Kisau berkata, program secara sederhana namun penuh dengan pengisian yang begitu bermakna.

Semoga sambutan kali pertama yang bertujuan memberi pengiktraf­an atas sumbangan golongan wanita di daerah Kota Belud akan dapat diteruskan.

Menurut Jamaika, walaupun program julung kali ini serba kekurangan namun semangat untuk meraikan Hari Wanita Kota Belud merintis sejarah bagi wanita luar bandar.

“Wanita adalah luar biasa, dari ayunan buaian seorang bergelar wanita atau ibu melahirkan generasi yang cemerlang dan berguna kepada masyarakat.

“Semangat juang seorang wanita yang kuat dan cekal demi keluargany­a, di luar sana ramai golongan wanita berkerjaya, membina perniagaan­nya, termasukla­h memegang posisi dalam kerajaan sebagai penggubal, pengamal ekonomi, perundanga­n,”kata Jamaika.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena Hari Wanita Kota Belud tersebut seperti pertanding­an baju tradisi, kraftangan dan masakan makanan sihat, aktiviti derma darah dan pemeriksaa­n saringan darah.

Sambutan Hari Wanita Kota Belud dirasmi oleh Crayle Lajimin Setiausaha Politik di Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Negeri mewakili Menteri KPLB.

Turut hadir Nurul Shakirah Osman mewakili Pegawai Daerah Kota Belud, ASP Tan Guan Chai mewakili OCPD Kota Belud, Kapten Nuzul Fitri wakil 10 RAMD, Inspektor Nu Amalina wakil Amanita, Jasmanirah Ariffin mewakili Bakat gabungan dan Puan Sally Tham Guru besar SRJK Chung Hwa Kota Belud.

TimesJ Community adalah pertubuhan yang sah dikenali sebelum ini sebagai Jamaika Team yang bergerak aktif sejak beberapa tahun yang lalu.

Aktif memberikan sumbangan kepada golongan sasar, menyalurka­n sumbangan kepada mangsa bencana, juga turut berkongsi rasa memberi sumbangan bantuan kepada pelajar agar dapat menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi tanpa sempadan latarbelak­ang agama dan bangsa.

TimesJ Community memerlukan sokongan dan bantuan daripada syarikat koprat atau individu untuk merealisas­ikan impian bersama-sama.

 ??  ?? PEMENANG pertanding­an masakan yang disampaika­n oleh Cyrle Lajimin, Setiausaha KPLB.
PEMENANG pertanding­an masakan yang disampaika­n oleh Cyrle Lajimin, Setiausaha KPLB.
 ??  ?? JAMAIKA dan Cyrle bersama Jawatankua­sa Penganjur Hari Wanita Kota Belud.
JAMAIKA dan Cyrle bersama Jawatankua­sa Penganjur Hari Wanita Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia