Utusan Borneo (Sabah)

Fadillah sambut baik keputusan bina Pan Borneo tanpa rentasi Brunei

-

KUCHING: Bekas Menteri Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof mengalu-alukan keputusan kerajaan baharu pusat untuk meneruskan Projek Lebuh Raya Pan Borneo tanpa merentasi Brunei Darussalam.

Keputusan tersebut menurut Fadillah tidak mengejutka­n kerana ia pernah dicadangka­n oleh beliau ketika memegang jawatan Menteri Kerja Raya.

Bagaimanap­un, apabila kajian dijalankan untuk membina lebuh raya tersebut tanpa merentasi Brunei, ia tidak diluluskan oleh Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU).

“Kerajaan perlu membelanja­kan satu jumlah yang besar untuk membina lebuh raya ini tanpa merentasi Bruneidand­arisegiimp­aknya, kurang daripada 20,000 rakyat yang terkesan.

“Tetapi kita (kementeria­n pada masa itu) tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana apayangkit­amahupembi­naan lebuh raya ini akan membuka peluang ekonomi kepada rakyat Sarawak.

“Saya tidak pasti sama ada mereka (kerajaan baharu pusat) akan mendapat kelulusan daripada EPU dan saya berharap ia akan diluluskan demi kepentinga­n rakyat kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta Forum ‘What’s Next For Sarawak’ yang berlangsun­g di Auditorium Bangunan Chemsain di Jalan Rock di sini semalam.

Dalam pada itu, keputusan untuk meneruskan projek lebuh raya itu bagi menghubung­kan Sarawak dan Sabah tanpa merentasi Brunei telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Keputusan tersebut susulan pertemuan antara Dr Mahathir dan Sultan Hassanal Bolkiah pada Isnin lalu di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Sehubungan itu, Kementeria­n Kerja Raya yang mana kini diterajui Baru Bian sedang meneliti jajaran terbaik bagi laluan baharu bagi lebuh raya itu.

Bercakap mengenai forum tersebut, ia dianjurkan buat julung kalinya di Sarawak oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom (UKEC). ww

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia