Utusan Borneo (Sabah)

Permintaan kontrak hadapan emas dijangkaka­n kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menunjukka­n permintaan yang kecil minggu ini dalam dagangan berhatihat­i.

Pedagang Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd Kiang Jia Ling berkata emas di Bursa Malaysia juga dijangka menjejaki prestasi harga emas di Bursa Komoditi AS (COMEX).

“Laporan pekerjaan Amerika Syarikat yang dijadual lewat hari ini (kelmarin) dijangkaka­n memberi sedikit momentum dalam pasaran,” katanya kepada Bernama.

Kiang berkata peniaga juga akan terus mencari petunjuk daripada data ekonomi AS mengenai arah tuju kadar faedah AS.

Pengukuhan dolar AS ekoran unjuran kenaikan kadar faedah AS akan memberi tekanan ke atas harga emas yang dijangkaka­n menunjukka­n arah aliran menurun, katanya.

Pada asas Jumaat-Jumaat, September 2018, Oktober 2018 meningkat masingmasi­ng sebanyak 25 mata kepada RM160.55 dan RM160.90 gram.

November 2018 menambah 27 mata kepada RM161.35 gram dan Disember 2018 meningkat 28 mata kepada RM161.55 gram.

Jumlah dagangan mingguan susut tujuh lot bernilai RM112,155 berbanding 11 lot bernilai RM173,985 pada minggu sebelumnya.

Minat terbuka merosot kepada 25 kontrak daripada 37 kontrak.

Bursa Malaysia dan derivatifn­ya akan ditutup pada Isnin dan Selasa untuk sambutan Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Awal Muharram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia