Utusan Borneo (Sabah)

Enam maut dalam nahas helikopter di Nepal

-

KATHMANDU: Sebuah helikopter terhempas ke kawasan tepi bukit di tengah Nepal kelmarin, membunuh enam orang di dalamnya termasuk seorang pelancong Jepun, menurut pihak berkuasa.

Seorang wanita terselamat dalam nahas tersebut tetapi mengalami kecederaan dan telah dibawa dengan helikopter ke ibu negara.

Ketua polis daerah Basanta Bahadur Kunwar memberitah­u, pihak berkuasa berusaha untuk mengeluark­an mayat namun sukar untuk sampai ke kawasan nahas di dalam hutan tebal tanpa akses jalan raya itu.

Beliau menambah bahawa punca kemalangan masih belum diketahui.

Helikopter Altitude Air dengan seorang juruterban­g dalam penerbanga­n ke Kathmandu itu membawa enam penumpang, termasuk seorang pelancong Jepun ketika terputus hubungan dengan kawalan trafik udara selepas berlepas dari daerah tengah Gorkha.

Nepalmempu­nyaiindust­ri helikopter persendiri­an yang semakin berkembang, menerbangk­an pelancong dan barangan ke kawasan terpencil di negara Himalaya ini di mana akses jalan raya terhad atau tidak wujud.

Namun negara miskin ini memiliki rekod keselamata­n udara yang buruk disebabkan kakitangan­nya kurang terlatih dan pengurusan tidak tegas.

Pada 2016, tujuh terkorban dalam nahas helikopter 22 kilometer di utara ibu negara.

Terdapat beberapa kemalangan helikopter yang meragut lebih 12 nyawa selepas gempa bumi yang sangat kuat pada 2015 ketika helikopter digunakan bagi menyelamat­kan mangsa yang tercedera dan menghantar bantuan kepada beberapa komuniti yang terputus hubungan akibat bencana tersebut.

Kesatuan Eropah mengharamk­an semua penerbanga­n ke Nepal selepas amaran antarabang­sa mengenai rekod keselamata­n udara di negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia