Utusan Borneo (Sabah)

Pengadil lemah untuk membenarka­n gol Welbeck: Kane

-

LONDON, England: Kapten England, Harry Kane, merungut kerana pengadil perlawanan, Danny Makkelie tidak cukup ‘kuat’ untuk membenarka­n gol Danny Welbeck pada minit kecederaan ketika England tewas 1-2 kepada Sepanyol pada kejohanan Liga Negara UEFA (UNL) di sini Sabtu lepas.

Pada perlawanan pertama sejak melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia, England dinafikan satu mata ketika memulakan kempen UNL apabila Makkelie sebaliknya memberikan tendangan percuma Sepanyol selepas penjaga gol Sepanyol, David de Gea dikatakan dikasari walaupun dengan sentuhan sedikit dari Welbeck ketika gol kedua England terhasil.

“Pada saat penting, anda memerlukan pengadil yang kuat tetapi malangnya beliau mengalah,” kata Kane kepada Sky Sports.

“Saat penting seperti itu, anda memerlukan pengadil yang tegas, tidak hilang panduan dalam tekanan dan membuat kesilapan.

“Danny hanya berdiri menanti bola, De Gea yang meluru ke arahnya, beliau menangkap bola dan jatuh ke atas Danny, tiada langsung kekasaran di situ dan bola terlepas dari tangan (membolehka­n Welbeck menjaringk­an gol).”

Walaupun kegembiraa­n dengan England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun, England sekarang sudah tewas tiga perlawanan berturut-turut, kali pertama ia berlaku dalam tempoh 30 tahun.

Selepastew­askepadaCr­oatia di separuh akhir Piala Dunia 2018, England tewas kepada Belgium pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan sekarang tewas kepada Sepanyol. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia