Utusan Borneo (Sabah)

Piala Negara Afrika: Kenya kejutan Ghana

Pada kelayakan Piala Negara Afrika

-

NAIROBI, Kenya: Kenya, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain, mengejutka­n Ghana 1-0 pada perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika 2019 untuk aksi Kumpulan F di sini Sabtu lepas, sekali gus mengembali­kan saingan selepas tewas perlawanan pertama.

Ghana, yang memulakan perlawanan sebagai pilihan untuk menguasai kumpulan, bermain dengan pendekatan bertahan dan bolos dengan gol sendiri Nicholas Opoku pada minit ke-40.

Kenya tidak gelisah dengan pendekatan permainan Ghana dan Ovella Ochieng, yang menjadi kapten pasukan selepas kecederaan Victor Wanyama, mempunyai dua peluang untuk membuka jaringan lebih awal.

Ghana kemudian mengancam menerusi satu tendangan percuma Majeed Waris yang melambung cantik ke kotak penalti tetapi rembatan penyudah Thomas Partey tersasar.

Michael Olunga mempunyai kaitan dengan gol tunggal perlawanan sebelum rehat umpanan kepada beliau dihadang Opoku tetapi bola melantun ke pintu golnya sendiri.

Ghana mendapat satu kelebihan apabila Kenya bermain 30 minit terakhir dengan seorang pemain selepas pemain pertahanan­nya, Joash Onyango dilayangka­n kad merah ekoran kekasaran ke atas Waris tetapi gagal menembusi pertahanan kebal pasukan tuan rumah.

Kemenangan buat Kenya membolehka­n mereka berada dikelompok­terataskum­pulan bersama-sama Sierra Leone, yang menewaskan mereka 21 pada perlawanan pertama pada Jun 2017.

Ghana kekal dengan tiga mata dan di tangga ketiga bersama-sama Habsyah, yang bermain lewat menentang Sierra Leone. – AFP

 ?? -Gambar AFP ?? PENYERANG Kenya Ogada Michael Olunga menjaringk­an gol pada perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika menentang Ghana.
-Gambar AFP PENYERANG Kenya Ogada Michael Olunga menjaringk­an gol pada perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika menentang Ghana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia