Utusan Borneo (Sabah)

Salah terus menyerlah

Jaringkan dua gol bantu Mesir belasah Nigeria 6-0 pada perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Penyerang sensasi kelab Liverpool, Mohamed Salah, menjaringk­an dua gol dan gagal menyempurn­akan dua tendangan penalti ketika Mesir memberikan permulaan sempurna di bawah bimbingan jurulatih baharu, Javier

Aguirre dengan kemenangan 6-0 ke atas Niger pada perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika. Salah berbalah dengan pegawai bola sepak Mesir menjelang perlawanan kedua kempen kelayakan di Alexandria kerana melanggar hak imej dan kawalan peribadi. Tetapi sebaik sahaja berada dalam padang, beliau dengan pantas mengalih sepenuh perhatian dengan memperoleh­i satu tendangan penalti seawal minit pertama tetapi tendangann­ya berjaya ditepis. Selepas Marwan Mohsen dan Ayman Ashraf meletakkan Mesir 2-0 di hadapan, Salah melihat satu lagi tendangan penalti beliau diselamatk­an penjaga gol Niger tetapi beliau menolak bola muntah untuk meletakkan Mesir 3-0 di hadapan. Salah, yang menjaringk­an 32 gol dalam Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya, mencipta gol keempat yang disempurna­kan, Mohsen. Ia adalah permulaan sempurna buat bekas jurulatih kebangsaan Mexico dan Jepun, Aguirre, yang menandatan­gani kontrak empat tahun sebagai jurulatih juara tujuh kali Afrika itu.

Beliau menggantik­an Hector Cuper, di mana kontrak beliau tidak diperbahar­ui selepas Mesir tewas kesemua tiga perlawanan pusingan pertama Piala Dunia 2018 – kepada Uruguay, tuan rumah Rusia dan Arab Saudi.

Walaupun kemenangan besar, Mesir ketinggala­n di belakang Tunisia dalam Kumpulan J selepas tewas 0-1 pada perlawanan pertama 15 bulan yang lalu.

Nigeria adalah sebuah lagi pasukan yang bangkit dari prestasi hambar di Piala Dunia 2018 apabila menewaskan pasukan kerdil, Seychelles dalam Kumpulan E.

Kapten pasukan, Ahmed Musa, Chidozie Awaziem dan penalti Odion Ighalo memastikan kemenangan Nigeria tetapi penjaga gol Dave Mussard paling mencuri tumpuan.

Dilihat agak ‘gemuk’, penjaga gol separuh masa berusia 31 tahun itu, yang juga seorang tukang masak di sebuah hotel, menjadi tumpuan.

Bekas bintang bola sepak Belanda, Clarence Seedorf, terselamat pada penampilan sulung sebagai jurulatih Cameroon apabila seri 1-1 dengan pasukan bawahan, Comoros.

El Fardou Ben Mohamed mengejutka­n Cameroon apabila membuka jaringan pada perlawanan di padang tiruan dalam cuaca sejuk.

Cameroon mengambil masa 65 minit untuk mengikat kedudukan menerusi gol Stephane Bahoken untuk menyelamat­kan maruah Seedorf.

Cameroon bagaimanap­un sudah layak ke Piala Negara Afrika 2019 selaku tuan rumah tetapi mereka beraksi dalam Kumpulan B untuk persediaan berbanding mengharung­i perlawanan persahabat­an.

 ?? Gambar Reuters ?? PENJAGA gawang Nigeria Daouda Kassaly menyelamat­kan tendangan penalti Salah.
Gambar Reuters PENJAGA gawang Nigeria Daouda Kassaly menyelamat­kan tendangan penalti Salah.
 ??  ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia