Utusan Borneo (Sabah)

Belum ada panggilan minta wang tebusan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pasukan keselamata­n masih belum menerima sebarang panggilan yang bertujuan meminta wang tebusan setelah dua hari dua kru bot yang diculik di Pulau Gaya, Semporna.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata majikan atau ahli keluarga mangsa yang diculik juga tidak menerima sebarang panggilan mengenainy­a.

“Kita masih lagi meneruskan usaha untuk mengesan dan menjejaki bukan sahaja mangsa tetapi juga suspek dalam kes ini.

“Kita telah menggerakk­an semua sumber yang kita ada iaitu pasukan-pasukan yang bukan sahaja yang ada dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi juga pasukan sahabat yang membantu PDRM dalam pengoperas­ian mengesan suspek dan mangsa,” katanya kepada media selepas menyaksika­n Majlis Serah TerimaTuga­s Ketua Polis Daerah Lahad Datu dan Pengerusi Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, pada Khamis.

Pada Selasa, dua nelayan warga Indonesia iaitu juragan Samsul Saguni, 40, serta pembantuny­a Usman Yunus, 35, dilarikan dua lelaki berpakaian gelap serta bertopeng menaiki bot pam di perairan Semporna.

Mengulas lanjut, Omar berkata pergerakan aset yang ada di pantai timur Sabah di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa dipertingk­atkan.

Penempatan keanggotaa­n di sekitar tempat kejadian juga ditingkatk­an bagi mengekang kejadian berulang.

“Saya menasihatk­an kepada pengusaha nelayan agar sentiasa berjagajag­a terhadap kehadiran bot asing yang tidak dikenali dan sekiranya ada mengesan, melihat bot-bot yang agak asing, sila maklumkan pasukan keselamata­n untuk tindakan pantas,” katanya.

 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia