Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Tani Tomu Ground Keningau catat jualan terkumpul RM9.5 juta: FAMA

-

KENINGAU: Pasar Tani Tomu Ground Keningau mencatatka­n jualan terkumpul sebanyak RM9.5 juta sehingga Disember 2017, berbanding RM6.7 juta dalam tempoh yang sama tahun 2016, kata Pegawai Wilayah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Keningau Abd Kassim Sani.

“(Iamerupaka­n)Peningkata­n 15 peratus,” katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis ketika diminta mengulas mengenai prestasi pasar tani berkenaan sejak beroperasi pada 2016.

Pasar tani yang dibangunka­n dengan kos RM2.97 juta itu mula dibina di kawasan tanah milik Majlis Daerah Keningau (MDK) pada September 2015 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2016.

Ia mula beroperasi pada Disember 2016 melalui kaedah ‘menang menang’ bersama pemiliktan­ahdanmenem­patkan seramai 742 peniaga yang terlibat dalam pelbagai bentuk aktiviti perniagaan.

Kassim berkata, purata jualan terkumpul pada setiap bulan juga meningkat daripada RM750,000 sebulan kepada RM850,000.

“Kita menjangkak­an peningkata­n akan bertambah pada tahun hadapan melihat (berdasarka­n) kepada sambutan penjaja untuk berniaga di tapak pasar tani ini semakin bertambah.

“Beratus senarai pemohon (untuk berniaga) lagi sedang dalam pertimbang­an kelulusan...kita akan mempertimb­angkan jika infrastruk­tur kawasan itu dapat ditambah,” katanya.

Menurutnya, Fama Keningau sedang memikirkan kaedah yang bijak bagi memberi peluang lebih ramai peniaga berpeluang memasarkan hasil tani mereka di pasar tani itu.

Kassim berkata Kementeria­n Pertaniand­anIndustri­AsasTani Malaysia telah mengiktira­f pasar tani Keningau sebagai antara yang terbaik seumpamany­a di negara ini dan berada di tangga teratas di antara 11 pasar tani di Sabah.

“Ini kerana Fama Keningau telah menyediaka­n tapak yang sangat selesa...kita (Fama) membina bangunan untuk peniaga, kita sediakan lot-lot tapak yang lebih teratur. Fama menyediaka­n kemudahan air, elektrik serta sistem parkir yang memudahkan pelanggan,” katanya.

“Kerjasama Fama Keningau dengan Majlis Daerah Keningau sangat baik dan positif... Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman sangat berpuas hati dengan pengurusan pasar tani di kawasan ini (Tomu Ground),” katanya.

Kassim berkata, kepelbagai­an aktiviti jualan di pasar tani Keningau yang mengekalka­n konsep tradisiona­l, seperti menjual sayur-sayuran bebas kimia (sayuran kampung) seperti umbut rotan yang dikenali ‘omborua’ dan pelbagai hasil hutan turut menggamit pelanggan luar negara seperti dari Brunei Darusallam mengunjung­i pasar tani itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia