Utusan Borneo (Sabah)

Zidane sedia ambil alih tugas Mourinho di Old Trafford

-

MADRID, Sepanyol: Zinedine Zidane ada berkata ‘ya’ untuk menjadi pengurus baharu Manchester United sekiranya Jose Mourinho dipecat.

Ia adalah menurut satu laporan mengejut di Sepanyol yangmendak­wabekasjur­ulatih Real Madrid itu dijangka akan mengambil alih tugas di Old Trafford.

Dan ia dikatakan telah mengejutka­n Presiden Real Madrid, Florentino Perez, yang merasakan Zidane akan berehat selama satu musim.

Mourinho ketika ini berada dalam tekanan selepas permulaanm­usimyangha­mbar dan juga persoalan tentang perhubunga­n dingin beliau dengan pemain tengah Paul Pogba dan pegawai eksekutif kelab, Ed Woodward.

Akhbar El Confidenci­al mendakwa Zidane tertarik dan berkata ‘ya’ ketika menanti Mourinho dipecat pada satu tempoh dalam musim ini.

Zidane diletakkan sebagai pilihan untuk menggantik­an Mourinho oleh beberapa syarikat pertaruhan beberapa hari yang lalu.

Dan apabila ditanya tentang kembali menjadi jurulatih dalam masa terdekat, Zidane berkata: “Sudah tentu tidak lama lagi saya akan kembali melatih kerana saya menyukainy­a dan saya sudah melakukann­ya sepanjang hidup saya.”

Zidane meletak jawatan sebagai jurulatih Real Madrid pada akhir musim lepas selepas memenangi trofi Liga JuaraJuara buat kali ketiga berturuttu­rut.

Laporan mendakwa Zidane berminat untuk mengisi jawatandiU­nitedkeran­abeliau akan mempunyai kawalan ke atas pembelian pemain.

Ia adalah sesuatu yang beliau tidak miliki semasa menjadi jurulatih di Real Madrid.

Tetapi pengulas bola sepak untuk penyiaran ESPN, Craig Burley memberi amaran tentang Zidane mengambil alih tugas Mourinho di Old Trafford.

“Jelas sekali beliau harus memilih,” jelas Burley.

“Tetapi saya fikir beliau harus membuat pilihan dengan berhati-hati. Satu risiko (jika beliau ke United). Ia tidak akan berubah kecuali perubahan drastik dengan pemain, yang tidak akan berlaku, maka kita tahu betapa sukar tugas untuk merapatkan jurang itu.

“Terutama sekali kepada Manchester­Citytetapi­mungkin kepada Liverpool, yang berbelanja besar.

“Saya tahu United menamatkan musim lepas di atas mereka (Liverpool) tetapi kelab Anfield itu kelihatan lebih meningkat ketika ini. Ia satu risiko.”

United akan menentang Watfordpad­aaksiLigaP­erdana Sabtu ini. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia