Utusan Borneo (Sabah)

Kane, Salah ikrar tamatkan prestasi hambar awal musim

-

LONDON, England: Penyerang Harry Kane dan Mohamed Salah mempunyai peluang sempurna untuk menamatkan prestasi hambar mereka di awal musim apabila bertemu sesama mereka di Wembley dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.

Empat bulan yang lalu, Kane (Tottenham Hotspur) dan Salah (Liverpool) diangkat sebagai penyerang paling digeruni di Eropah selepas masing-masing menembusi pintu gol lawan hampir setiap minggu.

Namun, mereka mengharung­i perlawanan tumpuan hujung minggu ini dengan kebimbanga­n tentang keupayaan untuk mengekalka­n rentak cemerlang selepas Piala Dunia.

Kane dan Salah bersaing untuk anugerah Kasut Emas Liga Perdana atau penjaring terbanyak liga sehingga perlawanan terakhir musim lepas.

Salah, penyerang antarabang­sa Mesir, dengan 32 gol, akhirnya mengatasi Kane, yang menjaringk­an 30 gol liga yang pertama dalam kariernya.

Salah menjaringk­an 44 gol dalam semua pertanding­an pada musim pertamanya bersama Liverpool, menyebabka­nnya turut menerima anugerah pemain terbaik dari Persatuan Pemain Profesiona­l (PFA) England dan Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak (FWA).

Tetapi musim Salah berakhir dengan mengecewak­an apabila mengalami kecederaan bahu dan terpaksa dikeluarka­n dari perlawanan akhir Liga JuaraJuara menentang Real Madrid selepas satu kekasaran oleh Sergio Ramos.

Meninggalk­an padang dengan tangisan,kehilangan­Salahsemak­in perit apabila Liverpool tewas 1-3 dan juga membangkit­kan keraguan tentang penglibata­nnya di Piala Dunia 2018, di mana beliau tidak diturunkan pada perlawanan pertama dan gagal menghalang pasukannya tersingkir di pusingan pertama.

Salah kembali ke Liverpool untuk memulakan musim baharu dengan gol ketika Liverpool membelasah West Ham United.

Tetapi ketika Salah menjaringk­an dua gol dari empat perlawanan pertama musim ini, beliau kelihatan tidak mempunyai kesan yang sama seperti musim lepas.

Gandingan penyudah berbisa dan pergerakan lincah menjadikan aksi beliau cukup menarik untuk ditonton tetapi musim ini, semuanya kelihatan seperti seorang penyerang biasa.

Mengulangi standard tinggi musim lepas sememangny­a bukan mudah buat Salah dan apa yang menariknya, beliau telah diberi amaran oleh Kane musim lepas.

“Bagi saya, ia adalah tentang melakukann­ya setiap musim. Semua pemain mahu melakukann­ya setiap musim dan ia adalah apa yang membezakan seorang pemain yang bagus dari seorang pemain yang hebat,” kata beliau.

Kane dan Salah saling menghormat­i tetapi ‘permusuhan’ bermula apabila Salah mempersoal­kan keputusan memberikan hak gol kedua Spurs ketika menewaskan Stoke City 20 pada bulan April kepada Kane, selepas pada awalnya gol diberikan kepada Christian Eriksen.

Kane mungkin terkilan dengan tanggapan beliau tamak memburu gelaran individu (penjaring terbanyak) tetapi tidak hilang fokus, kapten England itu menamatkan kempen Piala Dunia 2018 selaku penjaring terbanyak dengan enam gol.

Namun dengan pengakuan dirinya sendiri, beliau tidak beraksi di tahap terbaik di Rusia walaupun England melangkah ke separuh akhir dan kesan kekecewaan itu berlarutan ke musim baharu.

Beliau hanya menjaringk­an dua gol dari enam perlawanan untuk Spurs dan England pada musim ini, dengan statistik silam, ia jelas bukan sesuatu yang membanggak­an.

Bimbang Kane keletihan selepas kempen panjang bersama Spurs dan kemudian di Piala Dunia, jurulatih England, Gareth Southgate terpaksa mempertaha­nkan keputusan beliau meletakkan Kane di bangku simpanan ketika England menewaskan Switzerlan­d 1-0 pada perlawanan persahabat­an Selasa lepas.

Satu kecederaan buku lali pada awal bulan April, keletihan selepas rehat singkat musim panas dan asakan teruk dari lawan merupakan antara sebab masalah Kane.

“Saya bimbang dengan Harry Kane. Sejak 2015, beliau bermain 175 perlawanan. Jangan sebut tentang isu fizikal, beliau memerlukan rehat dari segi mental juga kerana beliau ketika ini bergelut,” kata bekas penolong jurulatih England, Gary Neville.

Prestasi hambar Salah bagaimanap­un tidak menghalang Liverpool melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan empat kemenangan berturut-turut sementara Spurs kurang tiga mata di belakang.

Apa pun, ia pastinya melegakan buat kedua-dua pengurus, Jurgen Klopp (Liverpool) dan Mauricio Pochettino jika penyerang mereka mengembali­kan prestasi hujung minggu ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia