PIBG disaran lapor terus masalah kepada kementerian

Saranan kepada PIBG untuk laporkan masalah dihadapi

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA MARUDU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digesa menulis surat terus kepada Kementerian Pelajaran dan Inovasi untuk melaporkan masalah dihadapi termasuk kekurangan dan pencapaian pelajar di sekolah masing-masing.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, PIBG juga boleh menulis dan berjumpa dengannya untuk membincangkan sebarang masalah yang mereka hadapi supaya bersamasama mampu menyelesaikan masalah berkaitan kebajikan sekolah dan pelajarnya.

“Banyak perbincangan dibuat untuk mengeluarkan idea bertujuan memperbaiki prestasi pelajar dan fizikal sekolah serta apa yang boleh kementerian lakukan untuk sekolah. PIBG boleh menulis surat kepada kementerian.

“Adalah menjadi tanggungjawab kementerian

BANGUNAN asrama yang dalam keadaan usang.

untuk melihat keperluan sekolah terutama bagi sekolah-sekolah yang jauh dari bandar supaya dapat dipenuhi,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengadakan jelajah ke sekolah-sekolah pedalaman termasuk di Pensiangan dan tahu betapa mencabarnya perjalanan untuk ke sana dengan menaiki bot, mendaki bukit-bukau dan sebagainya.

Katanya, perkara yang menyedihkan apabila ternampak keadaan sekolah-sekolah yang jauh terpencil itu agak teruk kerana tiada bekalan air bersih dan mencukupi, tiada kemudahan elektrik serta keadaan fizikal sekolah yang tidak stabil.

“Melihat kedaifan sekolah sekolah ini, saya bertekad untuk menyelesaikan masalah ini supaya semua anak-anak di Sabah mendapat pendidikan yang sewajarnya.

“Saya juga mahu sekolahsekolah di luar bandar setaraf dengan sekolah di bandar dari segi pencapaian dan kemudahan. Kementerian dan PIBG perlu sama-sama mencari penyelesaiannya,” katanya.

Menurutnya, beliau turut berperanan mencari dana untuk membiayai pelbagai projek termasuk membina dan memperbaiki sekolah yang baharu dan uzur.

“Saya akan bertungkuslumus mencari Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dapat memberikan sumbangan kewangan bagi memastikan hostel di Tandek ini dapat dibina.

“Kita tidak perlu tunggu untuk beberapa tahun lagi sebab kita tidak sanggup melihat para pelajar berkongsi satu kuarters dan satu tandas. Saya sedih dengan keadaan ini,” katanya merujuk kepada Asrama Puteri SMK Tandek yang terbakar pada April 2016.

Katanya, sekolah itu masih menunggu asrama itu untuk dibaiki atau dibina semula. Kebakaran itu menyebabkan kira-kira 200 pelajar perempuan terpaksa tinggal dalam keadaan sempit di flat kakitangan. Suasana pembelajaran adalah tidak selesa dan tidak kondusif.

JENIFER (kanan) bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Akdan@Datu Akdan Datu Basran (kiri) dan Pengetua SMK Tandek Jaimin Samaron ( tengah) meninjau kawasan Asrama Putri sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.