Utusan Borneo (Sabah)

Florence bawa ancaman maut penduduk Carolina

Empat kematian disahkan, ratusan perlu diselamat setelah terperangk­ap dalam rumah oleh ombak laut

-

Florence telah diturun taraf kepada taufan tropika oleh Pusat Ribut Taufan Negara (NHC) tetapi pihak berkuasa memberi amaran bahawa bahaya masih belum berakhir, dan meramalkan “ribut kuat dan ombak taufan yang mengancam nyawa” akan terus berlaku sepanjang malam.

WILMINGTON: Seorang wanita dan bayinya maut apabila sebatang pokok tumbang ke atas rumah mereka dan beberapa kematian lain yang ada kaitan dengan taufan dilaporkan kelmarin apabila Taufan Florence membadai negeri-negeri Carolina, dan membawa hujan lebat ke timur Amerika Syarikat (AS).

Empat kematian disahkan oleh pegawai manakala media AS melaporkan satu lagi.

Ratusan orang perlu diselamatk­an selepas mereka terperangk­ap dalam rumah mereka oleh ombak laut setinggi tiga meter di New Bern, sebuah bandar dengan 30,000 penduduk di Carolina Utara di kuala tempat Sungai Trent dan Sungai Neuse bertemu.

Florence telah diturun taraf kepada taufan tropika oleh Pusat Ribut Taufan Negara (NHC) tetapi pihak berkuasa memberi amaran bahawa bahaya masih belum berakhir, dan meramalkan “ribut kuat dan ombak taufan yang mengancam nyawa” akan terus berlaku sepanjang malam.

“Kami menjangkak­an hujan selama beberapa hari lagi,” kata Gabenor Carolina Utara Roy Cooper, yang menggambar­kan jumlah hujan daripada ribut taufan itu sebagai satu “kejadian 1,000 tahun”.

“Sehingga minggu depan, sungai-sungai kita akan terus naik dan banjir yang lebih signifikan akan berlaku,” kata Cooper.

Tiga kematian disahkan dalam taufan itu dan beberapa lagi sedang disiasat untuk menentukan sama ada ia ada kaitan dengan taufan ataupun tidak, katanya.

Ibu dan bayi berkenaan terkorban di New Hanover County apabila sebatang pokok tumbang ke atas rumah mereka, kata gabenor, sambil mengesahka­n satu lagi kematian di Lenoir County.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan kematian di Pender County apabila pokok tumbang menghalang unit kecemasan daripada sampai kepada seorang wanita yang mempunyai masalah perubatan. Media tempatan berkata dia mengalami serangan sakit jantung.

Media AS kemudian berkata lelaki kedua di Lenoir County maut selepas ribut kuat menjatuhka­nnya ketika dia cuba memeriksa anjingnya.

“Taufan ini akan meneruskan pergerakan­nya yang ganas di seluruh negeri kita selama berhari-hari,” kata Cooper.

“Taufan ini menyebabka­n kacau-bilau di negeri kita.”

Lebih 760,000 pelanggan di Carolina Utara terputus bekalan elektrik dan 21,000 orang ditempatka­n di 157 tempat perlindung­an di seluruh negeri.

Rumah Putih berkata Presiden Donald Trump akan melawat kawasan yang dilanda ribut taufan pada minggu depan, “sejurus selepas ia ditentukan bahawa lawatannya tidak akan mengganggu sebarang usaha menyelamat atau pemulihan”.

“Kerja yang hebat FEMA, Responder Pertama dan Penguat Kuasa Undang-undang - tidak mudah, sangat berbahaya, bakat cemerlang. Amerika bangga dengan anda,” kata Trump menerusi Twitter kelmarin, yang merujuk kepada Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutua­n, yang bertindak dalam bencana di AS.

Setakat jam 11.00 malam (waktu tempatan), ribut maksimum sudah reda kepada 104 kilometer sejam tetapi NHC memberi amaran kepada penduduk untuk berjaga-jaga terhadap ombak taufan yang mengancam nyawa dan “banjir air tawar yang membawa bencana”.

“Banjir kilat adalah ekstrem dan air akan naik dengan cepat dan seakan-akan mendadak,” kata gabenor berkenaan.

“Kita amat bimbang bagi seluruh masyarakat yang mungkin akan dihanyutka­n.”

Beberapa banjir terburuk berlaku di New Bern, di mana pihak berkusa melaksanak­an perintah berkurung.

Sungai Trent dan Sungai Neuse melimpahi tebingan, membanjiri rumah, kedai dan lebuh selain memerangka­p ramai orang di rumah mereka.

“Kami akan datang untuk mendapatka­n anda. Anda mungkin perlu naik ke tingkat kedua, atau ke loteng anda, tetapi kami akan datang untuk mendapatka­n anda,” kata pihak berkuasa di New Bern dalam Twitter.

Gabenor Cooper berkata “beberapa ratus” operasi menyelamat telah dijalankan dan “masih ada segelintir orang yang mereka perlu selamatkan”.

Selain kru kecemasan persekutua­n dan negeri, penyelamat sedang dibantu oleh sukarelawa­n dari “Tentera Laut Cajun” yang turut memberi bantuan di Houston sewaktu Taufan Haey untuk menjalanka­n kerja menyelamat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SEBATANG pokok tumbang di atas sebuah rumah ketika Taufan Florence membadai bandar Wilson, Carolina Utara, AS kelmarin.
— Gambar Reuters SEBATANG pokok tumbang di atas sebuah rumah ketika Taufan Florence membadai bandar Wilson, Carolina Utara, AS kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia