Utusan Borneo (Sabah)

M’sia perlu kaji amalan negara lain dalam soal penuaan penduduk

-

PUTRAJAYA: Malaysia perlu mengkaji amalan di negara lain terutamany­a negara maju dalam mengendali­kan soal penuaan penduduk, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita menuju ke arah itu di mana terdapatny­a penduduk yang mencapai usia tua. Bagaimana kita menjaga mereka? Ini bukan cuma soal memberikan mereka tempat berlindung tetapi menjadikan mereka sentiasa aktif kerana jika tidak aktif mereka akan beransur-ansur pudar.

“Kebanyakan masyarakat maju mempunyai dana bagi membantu orang tua, mereka yang tidak mampu mencari nafkah dan mereka yang memerlukan penjagaan.

“Perkara itu boleh ditangani menerusi sumbangan insurans ketika mereka masih bekerja... hampir serupa seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bagaimanap­un, amaun KWSP tidak mencukupi bagi perlindung­an dalam jangka masa panjang kerana orang tua sekarang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang,” katanya dalam temubual bersama Persatuan Third Age Media dan Bernama News Channel (BNC) baru-baru ini.

Temubual penuh ke udara menerusi BNC pada 11.30 malam Sabtu dan ulangannya pada 11.30 Ahad malam, 5 petang (Isnin), 12 tengahari dan 5 petang (22 Sept), 5 petang (23 Sept), 9 pagi (29 Sept) serta ke udara menerusi Astro 502, Unifi TV 631 and MYTV 121 dan juga boleh diakses menerusi laman web www.bernama.com, Facebook dan menerusi YouTube.

Jangka hayat rakyat Malaysia adalah pada purata 75 tahun dan sehubungan itu seseorang memerlukan simpanan untuk tempoh antara 15 hingga 20 tahun selepas persaraan.

Kajian oleh Insured Retirement Institute (IRI) pada awal tahun ini mendedahka­n bahawa kurang daripada 25 peratus mereka yang bekerja percaya mempunyai wang yang mencukupi bagi menampung keperluan hidup sepanjang tempoh persaran.

Majoriti mengatakan mereka tidak mampu untuk bersara. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia