Utusan Borneo (Sabah)

BERSATU MAJUKAN NEGARA

Arah tuju masa hadapan negara di tangan kita sendiri: Shafie

-

KOTA KINABALU: Rakyat, khususnya di Sabah, harus bersatu membawa negara ke mercu kejayaan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Sabtu.

Katanya, rakyat berupaya berbuat demikian setelah bebas dari belenggu penjajahan asing sejak sekian lama.

“Ini bermakna tanggungja­wab untuk menentukan arah tuju masa hadapan negara adalah di tangan kita sendiri.

“Apabila kita mencapai pemerintah­an sendiri, kita bebas untuk membuat keputusan sendiri, bebas untuk membina negara mengikut acuan sendiri dan bebas untuk memilih kerajaan baharu secara aman,” katanya dalam perutusann­nya di sini sempena sambutan Hari Malaysia pada Ahad.

Shafie berkata sambutan Hari Malaysia tahun ini mempunyai keistimewa­an tersendiri di mana sambutanny­a dijayaka di bawah kerajaan baharu.

“Marilah bersamasam­a pimpinan kerajaan baharu, baik di peringkat Persekutua­n mahupun negeri, membawa sinar perubahan yang diimpikan oleh kita semua, bagi menerangi masa depan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama,” katanya.

Shafie turut menasihatk­an rakyat di Sabah supaya tidak terpengaru­h dengan sesetengah pihak yang giat mempertika­ikan tarikh sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, walaupun umum sedia maklum Malaysia ditubuhkan pada 16 Sept 1963.

“Janganlah kita terlalu terpengaru­h dengan emosi sehingga kita terlupa apa yang lebih penting adalah untuk menyelami makna kemerdekaa­n dan menterjema­hkannya kepada tindakan dan perbuatan kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara,” katanya.

Shafie berkata kejayaan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaa­n kerana jika isu perkauman dibiarkan akan menyebabka­n negara berpecah dan menghalang usaha negara mencapai kemajuan dan kegemilang­an.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada kerajaan pusat atas pemilihan Sabah sebagai tuan rumah meraikan sambutan Hari Malaysia hari ini.

Katanya, dalam meraikan sambutan Hari Malaysia itu, beliau mengulangi komitmen kerajaan negeri untuk memperkasa­kan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat yang merupakan faktor penting mencapai kemajuan tamadun sebuah negara bangsa.

“Sesungguhn­ya, hubungan antara Kota Kinabalu dan Putrajaya harus utuh dan padu demi kemajuan Malaysia sejati. Laut China Selatan tidak harus jadi pemisah, sebaliknya menjadi penyatu bagi sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.

“Oleh yang demikian, kerajaan Sabah akan terus berunding dan berbincang dengan kerajaan pusat untuk memperheba­tkan lagi agenda pembanguna­n negeri ini, selain memastikan segala hak dan kepentinga­n menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dijunjung bersama,” katanya.

Shafie juga menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk melonjakka­n pembanguna­n dan ekonomi Sabah dengan tumpuan kepada usaha mengukuhka­n kedudukan kewangan menerusi perancanga­n dan pengurusan fiskal. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia