Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Malaysia 2018 pupuk semangat patriotik peserta

-

KOTA KINABALU: Penglibata­n golongan muda pada Sambutan Hari Malaysia 2018 dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan mereka.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata penglibata­n mereka secara tidak langsung juga dapat memberi pemahaman sejarah kepada generasi muda.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana pada usia yang muda, peserta-peserta persembaha­n ini sanggup berkorban masa dan tenaga membuat latihan persediaan semata-mata untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia dan juga untuk menyambut kepimpinan tertinggi negara.

“Sebagai pengisian program, kita juga akan papar beberapa simbolik majlis iaitu tandatanga­n pembentuka­n Malaysia dan merupakan sejarah yang perlu dilakar bukan hanya dalam pemikiran tetapi hati dan jiwa setiap rakyat Malaysia.

“Sambutan ini juga sebagai meraikan Hari Kemerdekaa­n negeri Sabah dan Sarawak yang cukup bererti bagi rakyat Malaysia di negeri ini kerana sambutan tersebut merupakan perayaan yang cukup penting kepada generasi khususnya anakanak muda,” katanya kepada media selepas menyaksika­n raptai penuh Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, di sini pada Jumaat malam.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Jawatankua­sa Induk Sambutan Datuk Peter Anthony berkata persediaan dalam melaksanak­an majlis berada pada tahap yang tinggi.

“Pada keseluruha­nnya, kita telah bersedia dari segi jemputan, pelaksanaa­n majlis dan kehadiran yang begitu ramai daripada peringkat Persekutua­n seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri Persekutua­n juga akan turut hadir dan ini menjadi satu sejarah kepada kerajaan baharu bagi Sabah.

“Dari segi keselamata­n, saya difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persediaan yang rapi dan saya percaya mereka telah membuat persiapan yang sewajarnya dan memastikan tiada insiden-insiden tidak diingini berlaku,” katanya.

Peter yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah memaklumka­n pihak penganjur turut menyediaka­n pengangkut­an bas henti (shuttle bus) di tiga lokasi itu iaitu Masjid Negeri Sabah-Padang Merdeka, KK CentralPad­ang Merdeka dan Stadium Likas-Padang Merdeka.

Turut hadir semasa raptai berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ?? SHAFIE (tengah) bersalaman dengan penari-penari yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah.
SHAFIE (tengah) bersalaman dengan penari-penari yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia