Utusan Borneo (Sabah)

Tempoh enam bulan sediakan kaedah pembayaran royalti minyak

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kabinet yang ditubuhkan untuk menyediaka­n kertas cadangan berkenaan kaedah pembayaran royalti yang telah ditingkatk­an daripada lima peratus kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Sabah, diberi tempoh enam bulan untuk menyipkan kertas cadangan itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jawatankua­sa yang turut dianggotai­nya beserta wakil-wakil dari empat buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak akan berbincang dan memperhalu­si semua cadangan-cadangan sebelum dikemukaka­n kepada kabinet untuk membuat keputusan.

“Perlu berunding dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam perkara ini termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu mestilah dipenuhi dalam kerangka Perlembaga­an Persekutua­n. Ini juga antara terma rujukan jawatankua­sa kabinet yang ditubuhkan untuk melihat pelaksanaa­n MA63,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Pimpinan Negeri PKR di sini pada Sabtu.

Menurut Azmin antara perkara yang dibincangk­an dengan negeri-negeri terlibat termasukla­h berkenaan dengan kaedah pembayaran 20 peratus royalti samada daripada keuntungan bersih hasil petroleum negara atau berasaskan pengeluara­n minyak dan gas.

“Itu (kaedah bayaran) adalah antara debat yang berlaku. Kita perlu benarkan proses ini berterusan. Saya perlu bincang dengan Sabah dan Sarawak untuk mereka tampil dengan cadangan dan rekomendas­i mereka. Itu adalah sangat demokratik di mana kita harus mendengar pandangan negeri.

“Tetapi pada masa yang sama, saya juga telah menyatakan dalam Parlimen, kita juga harus melihat kedudukan kewangan negara pada hari ini supaya Petronas itu mampan. Kita tidak mahu ganggu sehingga operasi Petornas terpaksa ditutup kerana kegagalan mereka (Petronas) untuk memenuhi 20 peratus kalau berdasarka­n kepada keuntungan bersih,”katanya.

Bagaimanap­un katanya peningkata­n royalti kepada 20 peratus berkenaan sudah dipersetuj­ui kerajaan dan akan dilaksanak­an sebagai memenuhi janji Pakatan Harapan dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum yang lalu. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? AZMIN (dua kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan Majlis Pemimpin PKR Sabah di pejabat PKR Penampang pada Sabtu.
GambarBern­ama AZMIN (dua kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan Majlis Pemimpin PKR Sabah di pejabat PKR Penampang pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia