Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlukan lebih ramai tenaga doktor, doktor pakar

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sabah kekurangan tenaga doktor dan doktor pakar malah statistik seluruh negara menunjukka­n negeri ini ketinggala­n sekali ganda berbanding nisbah kebangsaan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata statistik kebangsaan menunjukka­n seorang doktor mewakili 600 penduduk (1:600) di negara ini.

“Tetapi di Sabah, seorang doktor perlu menjaga 1, 200 penduduk, malah nisbah doktor pergigian lebih ketara, iaitu 1:12,000, berbanding 1:400 mengikut nisbah kebangsaan.

“Statistik itu belum lagi termasuk nisbah untuk doktor pakar dan penduduk,” katanya, semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah Projek Pembanguna­n Tawau Specialist Hospital (TSH), di sini pada Sabtu.

Projek itu dibangunka­n di tanah seluas kira-kira dua ekar di Jalan Abaca, belakang premis TSH melibatkan pembinaan bangunan tambahan baharu yang dijangka siap 24 bulan. Stephen berkata kemudahan fasiliti juga amat diperlukan walaupun sehingga kini Sabah sudah mempunyai 24 hospital, 129 Klinik Kesihatan dan klinikklin­ik di pedalaman.

“Sebagai kementeria­n baharu dalam Kabinet Negeri, kita akan bekerjasam­a rapat dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaiktara­f aspek kesihatan di negeri ini.

“Khususnya, luar bandar yang serba kekurangan dan kita juga akan membangunk­an perkhidmat­an digital serta menangani isu parkir di semua hospital kerajaan,” katanya.

Menyentuh kewujudan TSH di Tawau pula, beliau optimis hospital pakar swasta itu mampu mendorong perkembang­an positif daerah ini sebagai hub pelanconga­n kesihatan.

Berikutan, kedudukan Tawau yang strategik dan berhampira­n dengan wilayah negara jiran, Indonesia, serta bermanfaat untuk warga dari Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

“Saya amat gembira dengan langkah yang diambil TSH untuk menambah fasiliti sedia ada mereka demi menampung keperluan rakyat Tawau dan kawasan sekitarnya.

“Kerajaan sememangny­a menggalakk­an pembanguna­n hospital pakar swasta sebagai pilihan altenatif penjagaan kesihatan berkualiti kepada anggota masyarakat,” katanya.

Malah, beliau juga percaya apabila projek menambah bangunan tambahan TSH itu siap kelak, premis terbabit mampu menarik lebih ramai pakar perubatan untuk berkhidmat.

“Sekaligus merancakka­n sektor lain yang berkaitan, misalnya perkhidmat­an insurans kesihatan dan perbankan untuk menjana pertumbuha­n ekonomi di Tawau,” katanya.

 ??  ?? STEPHEN menyempurn­akan simbolik perasmian majlis pecah tanah bangunan baharu TSH dengan menekan punat kawalan untuk menurunkan cerucuk dari sebuah jentera.
STEPHEN menyempurn­akan simbolik perasmian majlis pecah tanah bangunan baharu TSH dengan menekan punat kawalan untuk menurunkan cerucuk dari sebuah jentera.
 ??  ?? STEPHEN menurunkan tandangann­ya di atas plak rasmi bangunan TSH, dan turut disaksikan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Jimmy Wong.
STEPHEN menurunkan tandangann­ya di atas plak rasmi bangunan TSH, dan turut disaksikan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Jimmy Wong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia