Utusan Borneo (Sabah)

MPS mahu peniaga ikan patuhi peraturan majlis

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) dengan kerjasama pihak polis telah mengadakan operasi membantera­s penjualan ikan tanpa lesen di Pasar Umum Sandakan, awal pagi Sabtu.

Operasi bermula jam 4.30 pagi hingga 6 pagi itu telah diketuai oleh Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik bersama 22 pegawai serta anggota penguatkua­sa MPS dan empat kakitangan unit pasar dengan bantuan tujuh anggota polis.

Dalam operasi itu, pihaknya telah merampas tiga bakul dan tiga jeraian berisi ikan yang dijual tanpa lesen.

Barang rampasan telah dibawa balik ke Pejabat Penguatkua­sa MPS untuk tindakan lanjut sebelum laporan polis dibuat berhubung operasi itu.

Mengenai operasi itu, Peter Hii berkata operasi ini dijalankan berhubunga­n aduan yang diterima dari pengusaha perikanan ketika mengadakan pertemuan serta sesi dialog bersamanya, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamuntin­g George Hiew dan Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin minggu lepas.

“Keputusan dibuat adalah membentu satu pasukan khas dalam menangani masalah kecurian ikan pengusaha perikanan berkenaan,” katanya.

Oleh itu, katanya operasi hari ini dilaksanak­an bagi membendung masalah berkenaan dan menangani masalah penjual ikan tanpa lesen.

Peter Hii berkata operasi ini akan dijalankan dari masa ke semasa agar usaha membantera­s masalah penjual ikan tanpa lesen dan sekaligus dapat menangani masalah kecurian ikan.

Beliau menasihati semua peniaga agar mematuhi peraturan pihak majlis dan undang-undang yang ditetap oleh pihak berkuasa termasukla­h peniaga ikan agar memiliki lesen yang sah.

 ??  ?? PETER Hii (kanan) bersama pegawai penguatkua­sa yang terlibat.
PETER Hii (kanan) bersama pegawai penguatkua­sa yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia