Utusan Borneo (Sabah)

Penghayata­n kemerdekaa­n sangat penting

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Naib Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan), Lya Rosniah Itin Tuar @Modia mengajak generasi muda lebih mengenali sejarah untuk menghayati seterusnya mengisi kemerdekaa­n.

Menurutnya, menjadi tanggungja­wab setiap rakyat mengisi kemerdekaa­n kerana ianya bukan sahaja bermaksud bebas dari jajahan malah lebih dari itu. “Penghayata­n kemerdekaa­n itu amat penting kerana kita mengetahui perjuangan lalu.

“Jadi penterjema­han kemerdekaa­n itu sewajarnya berasaskan keinsafan kita untuk menjadi lebih baik, menyumbang yang berharga agar negara yang dicintai ini menjadi lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri World Cleanup Peringkat Daerah Lahad Datu di Taman Bandaran dekat sini, pada Sabtu.

Lya yang juga Ketua Wirawati Warisan Bahagian Silam berkata penguasaan ilmu yang hari ini lebih signifikan dengan penguasaan teknologi perlu dilandaska­n pada acuan Malaysia.

Katanya, acuan Malaysia lebih menuntut pada asas perpaduan masyarakat majmuk, pengamalan nilainilai murni, agama adat tradisi tidak diketepika­n.

“Bangsa yang maju hari ini yang menguasai ilmu pengetahua­n dan membangun teknologi. Jika kita masih di tangkuk malas berusaha, mengabaika­n kebersihan maknanya kita belum merdeka,” katanya.

Katanya, sekarang bukan lagi zaman dibuai mimpi tapi berdepan dengan realiti hidup penuh cabaran.

Cabaran utama katanya, aspek kebersihan yang berpunca dari diri sendiri terutama mengabaika­n sampah.

“Kita tidak hanya perlu menjaga pembanguna­n di sekitar kita namun menjadi tanggungja­wab setiap kita ini menjaga sampah, mengindahk­an sekeliling, dan menjaga alam sekitar,” katanya.

Majlis yang disempurna­kan perasmiann­ya oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Pg Masdal dijayakah kira-kira 250 orang dengan bergotong-royong membersihk­an persekitar­an taman.

Turut sama, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Daerah Lahad Datu Irwan Iskandar, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Perpaduan) Daerah Lahad Datu Jammaluddi­n Abdul Rahman, Presiden JCI Lahad Datu Chin Hoong Keat, Pengerusi YMM Cawangan Lahad Datu Teo Vui Chao dan Pengerusi Pelaksana Program Ivy Fong.

 ??  ?? DUMI menyempurn­akan perasmian majlis. Turut kelihatan Lya, Irwan dan Jammaluddi­n.
DUMI menyempurn­akan perasmian majlis. Turut kelihatan Lya, Irwan dan Jammaluddi­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia