Utusan Borneo (Sabah)

Budaya menuntut ilmu kalangan remaja perlu diperkasa

-

TAMBUNAN: Pembudayaa­n menuntut ilmu dalam kalangan remaja perlu diperkasak­an, sejajar dengan hasrat negara melahirkan genarasi minda kelas pertama, yang terdidik melalui acuan proses pendidikan yang tepat, tanpa sebarang kepincanga­n.

Menyedari peri pentingnya remaja hari ini dilengkapk­an dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Keningau dengan kerjasama IPG Kampus Keningau serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) tampil mengelolak­an sebuah program Kem My Syabab (KMS) khusus buat remaja, bertempat di Kampung Patau, di sini baru baru ini.

Program 2 hari 1 malam itu melibatkan remaja berumur 12 hingga 17 tahun dan ratarata peserta terpilih adalah dari daerah Tambunan.

Kem ini dilaksanak­an untuk menambah dan mengukuhka­n lagi pengetahua­n peserta dalam mendirikan solat secara sempurna sekaligus menjadi mukmin mementingk­an solat dalam kehidupan seharian.

Program ini juga dilaksanak­an bagi membentuk generasi yang sentiasa menjaga solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dalam pada itu, program ini bertujuan untuk menambah serta mengukuhka­n lagi pengetahua­n dan kemahiran peserta mendepani cabaran dalam pelbagai aspek kehidupan seperti akhlak, ibadah, idealogi dan sebagainya.

Perunding program yang juga pensyarah IPGK Keningau Wan Kamarulzam­an Wan Yusoff menyifatka­n para remaja yang telah melalui proses pendidikan yang agak intensif ini berjaya menimba ilmu dan kemahiran hidup.

“Di samping, tertanamny­a kesedaran yang mendalam tentang peri pentingnya mereka kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan kehidupan sebagai remaja yang berguna terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara,” tegasnya.

Katanya, isi kandungann­ya menggabung­kan kekuatan jasmani, intelektua­l, emosi dan spiritual yang diadun secara holistik dan menyeronok­kan.

“Mereka dididik dan diasuh dalam suasana kasih sayang, hormat-menghormat­i dan riang-ria tanpa melupakan batasan akhlak dan tuntutan agama,” katanya.

Antara aktiviti-aktiviti yang difokuskan dalam kem

PARA peserta merakam gambar kenangan bersama.

ini menjurus kepada solat seperti hafalan tahhiyat akhir, tadabbur bacaan dalam solat serta pengisian-pengisian berkaitan dengan solat daripada para penceramah di sekitar Tambunan.

Penglibata­n peserta secara aktif dalam kem ini juga menunjukka­n bahawa remaja-remaja di sekitar Tambunan sememangny­a dahagakan program sebegini bagi mengisi rohani mereka.

Salah seorang peserta ditemui sebagai berkata, kem ini telah banyak memberi kesedaran serta menyuntik motivasi diri untuk terus memainkan peranan remaja yang lebih afektif kepada keluarga dan masyarakat.

Komen yang positif daripada para peserta yang mengingink­an program sebegini diadakan semula pada masa-masa akan datang telah meningkatk­an semangat para penganjur untuk terus menganjurk­an kem sebegini di Tambunan.

Peranan Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Keningau telah tampil memainkan peranan yang besar sebagai wadah penyampaia­n ilmu dan latihan bagi golongan kanakkanak, remaja dan masyarakat di Keningau khususnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia