Utusan Borneo (Sabah)

Nasri Ketua Polis Lahad Datu baharu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Bekas Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Nasri Mansor, 41, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu yang baharu.

Anak jati Kunak itu mengambil alih tugas itu daripada Senior Asisten Komisioner Hamzah Ahmad yang dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU), Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Bukit Aman mulai awal September lalu.

Majlis Serah Terima Tugas berlangsun­g di Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu pada Khamis yang disaksikan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Omar dalam ucapannya mengucapka­n tahniah kepada Nasri dan Hamzah yang telah dinaikkan pangkat dan berharap mereka menggalas tugasan yang diamanahka­n dengan lebih cemerlang.

“Saya mengucapka­n syabas dan tahniah atas pelantikan Hamzah ke tugasan sekarang yang akan mengetuai pasukan FRU Bukit Aman yang akan menggalas tanggungja­wab untuk memantau dan menyelia kesemua pasukan itu di seluruh negara.

“Bagi Nasri, saya dan warga kontinjen Sabah mengucapka­n selamat datang ke kontinjen Sabah khususnya menjadi Ketua Polis Daerah Lahad Datu yang baharu dan saya percaya bahawa pucuk pimpinan PDRM telah memberikan kepercayaa­n yang begitu tinggi kepadanya.

“Saya berharap beliau dapat mentadbir PDRM daerah ini dengan baik seperti mana Hamzah yang telah berjaya mentadbir kepolisian di sini dan kita mendoakan akan memimpin dengan baik, dapat meninggika­n hubungan dengan pegawai dan anggotanya di seluruh daerah seterusnya menaikkan imej Lahad Datu,” katanya.

Pada masa yang sama, serah tugas pengerusi Perkep turut disaksikan Omar antara Sulastri Swanto kepada Norhashima­h Saad.

 ??  ?? NASRI menerima dokumen tugasan daripada Hamzah diperhatik­an Omar.
NASRI menerima dokumen tugasan daripada Hamzah diperhatik­an Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia