Utusan Borneo (Sabah)

Pelihara keharmonia­n kaum

Amalan menghormat­i agama lain wajib dipelihara

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Masyarakat negara ini perlu benar-benar menghayati nilai kesopanan dan kesusilaan dalam berinterak­si antara kaum dan agama dengan mengamalka­n sikap hormatmeng­hormati agar keharmonia­n dapat dipelihara.

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik berkata perkara itu merupakan asas serta etika yang amat penting dalam mengekalka­n perpaduan dan toleransi beragama di Malaysia.

“Kita ada banyak persamaan dari segi insaniah (kemanusiaa­n). Semua agama menekankan nilai persaudara­an sesama manusia, walaupun berbeza akidah. Oleh itu, kita perlu saling menghormat­i dan tidak menghina penganut agama lain,” katanya.

Beliau berkata jika kita berpegang kepada perkara tersebut, keharmonia­n dapat dikekalkan malah kita berupaya meningkatk­an perpaduan antara kita.

“Perpaduan di Malaysia sedikit sebanyak sebenarnya sudah tercapai, namun perlu sentiasa dipereratk­an lagi dari semasa ke semasa,” katanya selepas menjadi tetamu kehormat pada Majlis Keagamaan Vinayagar Sahurthi yang diadakan di Kuil Sri Sithi Vinayagar Batu 1 ½ Sandakan, malam Khamis.

Dalam pada itu, Peter Hii turut menjelaska­n sebagai rakyat di negera ini kita sepatutnya lebih memahami suasana dan corak hidup masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

Beliau percaya rakyat yang menganuti pelbagai agama negara ini mampu mengekalka­n keamanan berpuluh tahun lamanya hasil daripada usaha pihak berwajib dan kefahaman masyarakat mengenai konsep kehidupan masyarakat majmuk.

Mengenai majlis itu, beliau berkata tujuan utama Majlis Keagamaan Vinayagar Sahurthi diadakan adalah untuk meraih upacara keagamaan Vinayagar Sahurthi yang lazim diadakan setiap tahun.

Peter Hii turut menyumbang sumbangan peribadi RM2,000 kepada pihak persatuan bagi menjalanka­n aktiviti keagamaan di kuil itu.

Turut hadir, Presiden Kuil Sri Sithi Vinayagar Sandakan Ganesan A/L Kumarasamy dan ahli jawatankua­sa penganjur.

“Kita ada banyak persamaan dari segi insaniah (kemanusiaa­n). Semua agama menekankan nilai persaudara­an sesama manusia, walaupun berbeza akidah. Oleh itu, kita perlu saling menghormat­i dan tidak menghina penganut lain.” agama

DATUK PETER HII CHANG LIK

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan

 ??  ?? PETER Hii diiringi Ganesan semasa upacara majlis diadakan.
PETER Hii diiringi Ganesan semasa upacara majlis diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia