Utusan Borneo (Sabah)

MPWS komited tingkat kemahiran wanita

-

KOTA KINABALU: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) terus komited dalam membantu meningkatk­an kemahiran dan pembanguna­n wanita di negeri ini.

Pengerusin­ya Datuk Dr. Tarsiah TZ Taman berkata, pelbagai program dan aktiviti dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) sempena Sambutan Hari Wanita 2018.

“Pengisian sambutan seperti Seminar ‘Women of Substance’, ‘Conference on Gender Inclusiven­ess and Equality’ serta Malam Penganuger­ahan Tokoh dan Ikon-ikon Wanita.

“MPWS juga berbangga kerana berjaya menyiapkan Pelan Induk Pembanguna­n Wanita Negeri Sabah bagi 2018 hingga 2022 dan Buku Direktori Usahawan Wanita Negeri Sabah,” jelasnya dalam Majlis Jamuan Teh Pemimpin Wanita Bersama Toh Puan Norlidah R.M Jasni di sini, petang Jumaat.

Tambah beliau, terdapat juga program yang sedang berlangsun­g seperti Creating Millionair­es Among Young Women Entreprene­urs melibatkan 45 orang usahawan wanita muda berumur antara 18 hingga 35 tahun yang diberikan pendedahan ilmiah, kemahiran dan rangkaian niaga.

Dalam pada itu, MPWS turut sedang menjalanka­n kaji selidik Indeks Kesejahter­aan Wanita Negeri Sabah dan mendapat sokongan kerajaan negeri untuk menubuhkan Pusat Bantuan Guaman Wanita yang diselengga­rakan oleh JHEWA.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Shuryani Shuaib, Konsulat Jeneral Republik Indonesia Hendro Retno Wulan, Konsulat Jeneral Brunei Darussalam Pg. Noriyah PLW Pg. Yusof, isteri Menterimen­teri Kabinet, Ketua-ketua Kementeria­n, jabatan, badan berkanun dan badan bukan kerajaan.-Penerangan.

 ??  ?? TOH Puan Norlidah (empat kiri) dan Shuryani (tiga kiri) melawat gerai jualan peserta projek ‘Creating Millionair­es Among Young Women Entreprene­urs’ anjuran MPWS.
TOH Puan Norlidah (empat kiri) dan Shuryani (tiga kiri) melawat gerai jualan peserta projek ‘Creating Millionair­es Among Young Women Entreprene­urs’ anjuran MPWS.
 ??  ?? TOH Puan Norlidah (duduk tengah) bersama tetamu kehormat yang hadir majlis itu.
TOH Puan Norlidah (duduk tengah) bersama tetamu kehormat yang hadir majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia