Utusan Borneo (Sabah)

Penyerang Boko Haram bunuh lapan penduduk di Nigeria

-

KANO: Beberapa penyerang bersenjata Boko Haram telah membunuh lapan orang ketika mereka telah menyerang dua kampung di bahagian timur laut terpencil Nigeria dalam satu cubaan untuk mencuri haiwan ternakan kelmarin, menurut militia tempatan.

Pejuang jihad tersebut telah bergerak ke arah kampung Modu Ajiri dan Bulama Kayiri di wilayah Borno untuk mengambil lembu dan kambing biribiri namun penduduk kampung telah melawan bagi menyelamat­kan haiwan ternakan mereka.

“Pertempura­n meletus ketika penduduk kampung cuba untuk menghalang penyerang tersebut,” jurucakap militia tempatan Bunu Bukar Mustapha memberitah­u AFP.

“Lapan telah terkorban dalam pertempura­n dan empat lagi tercedera,” menurut beliau dari bandar utama wilayah Maiduguri, 90 kilometer jauhnya.

Militan tersebut telah melepaskan tembakan ke arah penduduk kampung yang bersenjata­kan parang, busur dan panah, belantan dan pedang, menurut beliau.

“Penduduk kampung tidak mempunyai padanan bagi pengganas Boko Haram yang datang bersama dengan senjata,” menurut ketua militia Babakura Kolo, yang memberikan satu angka yang sama.

Selepas serangan, pejuang jihad tersebut telah membawa semua haiwan ternakan yang dicuri ke dalam semak, menurut beliau.

Beliau menyatakan penduduk di dua kampung itu telah melarikan diri kerana bimbang bagi serangan semula oleh pengganas.

Mustapha menyatakan mayat-mayat mangsa telah ditemui oleh anggota tentera dan militia yang membawa mereka ke pekan berhampira­n Nganzai, kira-kira 10 kilometer jauhnya.

Boko Haram telah memperting­katkan serangan terutama terhadap sasaran tentera sejak beberapa bulan ini.

Pada Rabu lepas, beberapa orang Islamis telah menyerang sebuah pangkalan tentera di Damasak di utara wilayah Borno.

Mereka telah menangkis dengan bantuan udara selepas pertempura­n selama beberapa jam.

Keganasan Boko Haram selama sembilan tahun telah menular hingga ke negara jiran Chad, Niger dan Cameroon, mengorbank­an ribuan orang dan menyebabka­n lebih dari dua juta kehilangan tempat tinggal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia