Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja pasar raya Cuba dipecat jual 15,000 epal kepada seorang pelanggan

Lumrah bagi peniaga beli stok untuk dijual semula dengan harga jauh lebih tinggi

-

HAVANA: Beberapa pekerja di sebuah pasar raya Cuba telah dipecat kerana menjual sebanyak 15,000 epal kepada seorang pelanggan di sebuah negara yang sering kali dilanda kekurangan makanan.

Syarikat berita negara Granma melaporkan kelmarin bahawa beberapa pekerja yang terlibat telah dipecat selepas berita mengenai penjualan itu terbongkar pertama kali di dalam blog seorang wartawan Cuba, yang telah menyaksika­nnya di sebuah pasar raya di Havana.

Sekumpulan “golongan muda dan berbadan tegap” yang telah “merancang dalam satu cara kuasi-tentera” telah muncul di kedai dan membeli 150 kotak yang mengandung­i 100 epal, menurut wartawan Iorel Sanchez, yang menyatakan semua buah-buahan itu untuk seorang pelanggan sahaja.

Pembeli telah membayar harga bersamaan dengan 45 sen sebiji epal, menurut resit yang ditunjukka­n dalam kenyataan blog.

Ia adalah bukan luar biasa di Cuba, sering kali dilanda kekurangan makanan ruji termasuk buah-buahan, mentega, susu dan bir bagi seorang peniaga yang membeli satu stok besar makanan untuk dijual semula pada harga yang lebih tinggi.

Granma menyatakan lapan pekerja di kedai tersebut dimiliki oleh Cimex Corporatio­n, yang diuruskan oleh pihak negara namun tertakluk kepada undangunda­ng yang dilaksanak­an kepada syarikat swasta telah dipecat.

Cuba mengimport hampir semua makanan yang dimakan oleh rakyatnya seramai 11 juta orang, termasuk epal, menurut laman rasmi Cubadebate.

Pulau tersebut sedang cuba untuk mengubah model ekonomi gaya Soviet: satu perlembaga­an baharu bagi menggantik­an versi 1976 yang telah diluluskan oleh parlimen dan dikemukaka­n bagi perdebatan umum.

Dalam satu usaha untuk memperbaik­i bekalan produk makanannya, kerajaan Cuba baru-baru ini telah memperluas­kan kawasan dan membenarka­n tempoh penanaman diberikan kepada golongan peladang di negara kepulauan ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia