Utusan Borneo (Sabah)

Elly angkat 2 emas, 1 rekod baharu

Skuad angkat berat ada peluang lepasi sasaran 3 emas

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Disasarkan satu emas tetapi Elly Cascandra Engelbert menggandak­annya dalam acara angkat berat kategori 53kg ke bawah wanita Sukma XIX Perak di Dewan Merdeka, Majlis Daerah Tapah pada Sabtu.

Lebih menarik, selepas mengotakan sasaran emas dengan angkatan snatch 72kg, Elly menggandak­annya dengan rekod baharu kejohanan dalam acara clean and jerk (c&j).

Elly mencatat angkatan c&j 92kg dalam angkatan ketiga merekod madamkan lama 90kg.

Angkatan pertamanya 89kg juga sudah memberikan emas kerana angkatan terbaik pemenang pingat perak dari Perlis, Nurul Ain Husna Che Mohd Nor hanya 82kg.

Elly bagaimanap­un menaikkan angkatan kepada 90kg dan berjaya melakukann­ya untuk menyamai rekod kejohanan pada angkatan kedua sebelum menaikkann­ya lagi untuk rekod baharu kejohanan pada angkatan terakhir. Pingat gangsa dimenangi Nurul Syafiqah Hissam dari Terengganu dengan angkatan 81kg.

Sebelum itu, Elly juga tidak diberi saingan dalam acara snatch. Selepas mencatat 60kg angkatan pertama, angkatan keduanya 70kg sudah memberikan emas tetapi dia memperbaik­inya lagi dengan tambahan dua kilogram pada angkatan terakhir.

Pingat perak dimenangi Nurul Syafiqah dengan angkatan 64kg manakala pingat gangsa dimenangi Nurul Ain dengan angkatan 63kg.

“Saya tidak sangka akan menang dua pingat emas apalagi dengan rekod baharu kejohanan dalam dalam acara c&j. Tentunya saya sangat berpuas hati terutama saya selepas mengalami kecederaan pinggang yang teruk tahun lalu dan kecederaan di bahu baru-baru ini.

“Ini juga pencapaian terbaik saya selepas hanya menang

(memegang pingat) bersama skuad angkat berat dan Setiausaha Tetap KBS Sabah, Datuk Awang Damit Awang Anak (bertopi) selepas majlis penyampaia­n hadiah.

dua perak pada Sukma Perlis 2014 dan dua gangsa pada Sukma Sarawak dua tahun lalu,” katanya.

Dua pingat emas dari Elly itu juga menghampir­kan skuad angkat berat mengotakan sasaran tiga emas.

Sabah malahan mungkin boleh mengharapk­an lebih daripada sasaran kerana dua lagi sandaran emas iaitu Marceeta Marylyn Marcus (kategori 58kg) dan Caroline Joachim (90kg ke atas) belum beraksi.

Skuad angkat berat sudah menyumbang­kan dua emas dan satu perak sehingga kelmarin dan Marceeta dijangka akan menambahny­a apabila beraksi hari ini.

Sambil itu, Elly berusia 18 tahun dari Kinarut menghadiah­kan kemenangan­nya itu kepada keluarga dan jurulatih-jurulatihn­ya.

“Jurulatih pun tidak jangka saya dapat macam ini tetapi saya telah buktikan saya boleh. Ini satu tambahan suntikan semangat buat saya terus berusaha lebih gigih.

“Impian saya selepas ini adalah mewakili negara ke Sukan Komanwel dan kejohanan besar lain,” kata anak bongsu daripada empat adik beradik itu yang akan kembali menjlani latihan dan bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil selepas ini.

 ??  ?? ELLY menunjukka­n dua pingat emas yang dimenangin­ya dalam acara angkat berat pada Sabtu.
ELLY menunjukka­n dua pingat emas yang dimenangin­ya dalam acara angkat berat pada Sabtu.
 ??  ?? ELLY
ELLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia