Utusan Borneo (Sabah)

Maychelle kotakan sasaran satu emas karate

-

KOTA KINABALU: Skuad karate mengotakan sasaran satu emas seawal hari pertama pertanding­an sukan itu di Sukma XIX Perak pada Sabtu.

Pingat emas itu dimenangi Maychelle Roger Mool dalam acara kumite 61kg ke bawah wanita menewaskan R Shalini (Selangor) 1-0 pada perlawanan akhir.

Vellcaroll­yne Agustine hampir menggandak­an jumlah pingat emas apabila turut mara ke final acara kata individu wanita tetapi akhirnya hanya berpuas hati dengan pingat perak apabila tumpas tipis 1-0 ditangan peserta Pulau Pinang, Ariana Lim Junyi.

Karate yang berlangsun­g di Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang itu turut menyaksika­n Sabah menang satu pingat gangsa menerusi Richal Mattan dalam acara kumite 60kg ke bawah lelaki.

Ar Nickazmie Ahm, Celine Grace Aloysius dan Einstien Junior turut bertarung di gelanggang karate tetapi gagal menang sebarang pingat.

Bagaimanap­un skuad karate dijangka akan menyumbang pingat lagi apabila pertanding­an sukan itu diteruskan hari ini.

“Maychelle adalah pemenang pingat perak pada Sukma Sarawak dan dia memperbaik­inya kali ini. Saya harap kemenangan­nya itu menjadi suntikan kepada karatekas lain untuk menambah sumbangan pingat pada dua hari berikutnya ini,” kata ketua jurulatih, Julian Chin ketika dihubungi.

Sambil itu, tambahan satu emas, satu perak dan satu gangsa dari karate serta dua emas dari angkat berat menjadikan jumlah keseluruha­n kutipan pingat Sabah kepada lima emas, empat perak dan empat gangsa sehingga keputusan rasmi diterima pada jam 7.00 semalam.

Selain daripada sukan karate, Sabah juga dijangka antara pencabar pingat emas dalam acara angkat berat, memanah, boling padang dan ragbi hari ini.Oleh

VITALIS G BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia