Utusan Borneo (Sabah)

Sabah rehat beberapa tonggak hadapi Pahang

-

KOTA KINABALU: Sabah akan merehatkan beberapa tonggak utamanya pada aksi terakhir kumpulan D Piala Malaysia menentang Pahang yang lebih kepada pelengkap jadual di Stadium Likas malam ini.

Ketua jurulatih, Jelius Ating berkata, tindakanny­a itu bagaimanap­un bukanlah kerana menganggap perlawanan itu tidak penting sebaliknya beliau terpaksa berbuat demikian.

Antara sebabnya adalah beberapa pemain utama mengalami kecederaan selain bagi mengelak pemain yang telah mengutip kad kuning digantung perlawanan pada aksi suku akhir nanti.

“Saya mungkin akan merehatkan Jipun (Rawilson Batuil) dan Mohd Azzizan (Nordin) yang baru kembali dari menyertai skuad negara, barubaru ini, untuk perlawanan malam esok (malam ini).

“Selain itu, Randy Baruh juga akan direhatkan bagi mengelak dia mengutip kad kuning seterusnya digantung perlawanan pada aksi suku akhir nanti,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Jelius berkata, Maxsius Musa juga mungkin akan direhatkan kerana mengalami sakit perut namun ianya bergantung kepada keadaan semasanya.

“Walaupun kita sudah mengesahka­n kedudukan tangga teratas kumpulan D serta layak ke suku akhir, bukan bermakna kita memandang mudah perlawanan dengan Pahang malam esok (malam ini).

“Kita perlu mengekalka­n rentak baik seterusnya cuba mencatat kemenangan bagi mengekalka­n momentum kita untuk menghadapi suku akhir nanti,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim berharap para pemainnya tidak memandang mudah cabaran Pahang walaupun mereka berjaya mengikat pasukan itu di gelanggang lawan sebelum ini.

“Saya tidak mahu pemain bermain sambil lewa kerana menganggap aksi esok tidak penting... ia bukan cara Sabah, kita mahu mencatat kemenangan.

“Kemenangan pada malam esok (malam ini) akan memberi kita lebih motivasi bagi menghadapi saingan suku akhir nanti. Pahang sebuah pasukan yang kuat tetapi saya percaya kita mampu mengatasi mereka,” katanya.

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

 ??  ?? JUIL
JUIL
 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia