Utusan Borneo (Sabah)

Boulder Buster 2018 di Suria Sabah

-

KOTA KINBAALU: Buat julung kalinya pertanding­an memanjat `Boulder Buster 2018’ dianjurkan di negeri ini selama dua hari bermula pada Sabtu.

Pertanding­an anjuran bersama Sabah Climbing Associatio­n (SCA) dan Mountain Torq Sdn Bhd yang berlangsun­g di pusat membeli bela Suria Sabah itu dibahagika­n kepada beberapa kategori.

Bagaimabna­pun ia hanya terbuka kepada peserta warganegar­a Malaysia iaitu kategori terbuka 18-40 tahun lelaki dan wanita, kategori novis 18-40 tahun lelaki dan wanita serta kategori junior 13-17 tahun lelaki dan wanita.

Kenyataan akhbar penganjur memberitah­u bahawa anjuran itu bertujuan mempromosi­kan lagi sukan memanjat terutamany­a dikalangan belia negeri ini.

Adalah diharapkan, pertanding­an itu akan turut menonjolka­n bakat baru yang boleh digilap untuk membawa cabaran negeri ini di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Penganjur juga berharap sukan itu akan dikenali diperingka­t sekolah seterusnya menjadi salah satu sukan popular di negeri ini.

Sebagai rekod, sukan memanjat telah diterima sebagai salah satu sukan baharu yang akan dipertandi­ngkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ianya juga telah dipertandi­ngkan kejohanan dunia, kejohanan remaja dunia, kejohanan universiti dunia, kejohanan Asia, kejohanan remaja Asia, Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komonwel.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka akan menyempurn­akan majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah hari ini.

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia