Utusan Borneo (Sabah)

Amri Ginang adakan pameran ‘Potret Tak Berkaca’ di KK

Bercerita mengenai orangorang yang tak bercermin

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaa­n Ke-32, Ahad depan

FOTOGRAFER terkenal, Amri Ginang akan mengadakan Pameran Mirrorless Potrait di Riverson Kota Kinabalu sempena North Borneo Design Week mulai 27 Oktober depan.

NBDW itu akan mempertemu­kan pereka, artis, kraftangan dan jurufoto, diadakan buat pertama kali di Sabah.

Amri akan mempamerka­n sebanyak 20 gambar besar dan 100 gambar ukuran kecil yang bercerita mengenai orang-orang yang tak bercermin.

Sepanjang pameran itu, Amri juga akan mengadakan bengkel fotografi untuk jurugambar dan peminat seni foto

Mirrorles Potrait atau potret tak berkaca menghimpun­kan foto karya Amri yang memotret wajah-wajah orang-orang yang tidak sempat bercermin, wajahwajah orang di jalanan, wajah -wajah yang baru terbangun, dan wajah mereka yang tak mampu bercermin.

“Saya memotret wajah orang yang tak sempat bercermin, tak sempat berhias,orang yang tergesa gesa atau orang yang tak bersedia atau tak mampu bercermin,” katanya sambil menambah, gambar-gambar itu akan dicetak dalam bentuk ukuran besar.

“Mirrorless Potrait” boleh juga diertikan potret yang diambil menggunaka­n peralatan kamera baru yang tidak lagi menggunaka­n kaca. GABUNGAN Penulis Nasional (GAPENA) Badan Bahasa dan Sastera Sabah ( BAHASA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah akan menganjurk­an Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaa­n (SDPK) Kali-32, Tahun 2018 pada 22/9/2018, Sabtu, jam 8 pagi, bertempat di Rumah BAHASA, No. 627, Lorong Jumbo 7, Taman Jumbo, Petagas, Kota Kinabalu.

Borang penyertaan peserta dan teks puisi boleh didapati di Pejabat DBP Cawangan Sabah, Teluk Likas atau di Rumah BAHASA, Nombor 627, Lorong Jumbo 7, Taman Jumbo, Petagas, dan di pejabat IRIS PUBLISHING, Aras 2, Blok 208A, Wisma MUIS, Sembulan pada waktu-waktu pejabat.

Mereka yang berminat juga boleh mendaftar melalui aplikasi what-apps kepada Setiausaha Penganjur sayembara, Ag. Yusoff Pg. Ismail, 016-8386628, dan Mohd Jasni Yakub@JY, 010-9305214. Sebarang pertanyaan dan maklumat berkaitan sayembara ini juga boleh menghubung­i Hasmin Azroy Abdullah, 011-50110780 atau Datuk Jasni Matlani, Presiden BAHASA, di talian 016-8115593.

Peserta hendaklah menyertaka­n nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat penuh, judul puisi yang dipilih dan nama penulis puisi (puisi mestilah dari antologi puisi Lantera Zaman sahaja).

Pemenang SDPK Peringkat Negeri Sabah akan mewakili negeri ini ke SDPK Peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober akan datang. Para pemenang tempat pertama hingga ketiga akan diberikan hadiah, dan para peserta akan turut diberikan Sijil Penyertaan oleh pihak penganjur.

Tarikh tutup menyertai sayembara ialah pada 19 September ini.

 ??  ?? AMRI
AMRI
 ??  ?? HASIL SENI: Pengunjung tekun meneliti hasil seni pelbagai gambar potrait menggunaka­n makanan tempatan ‘The Rojak Projek’ yang diasaskan oleh dua anak tempatan Rachel Lee dan Faye Lim di Universiti Sunway pada Sabtu. Karya seni ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan slogan ‘Malaysia tak sama kalau kita tak bersama’. -Gambar Bernama
HASIL SENI: Pengunjung tekun meneliti hasil seni pelbagai gambar potrait menggunaka­n makanan tempatan ‘The Rojak Projek’ yang diasaskan oleh dua anak tempatan Rachel Lee dan Faye Lim di Universiti Sunway pada Sabtu. Karya seni ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan slogan ‘Malaysia tak sama kalau kita tak bersama’. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia