Utusan Borneo (Sabah)

Sayu Hati Izarah

-

HUJAN masih turun dengan lebat, Izarah belum balik lagi, sejak jam 3 petang Izarah keluar membawa jualan kuih gelang sampai kini sudah jam 5 petang Izarah belum juga balik. Hati Nek Idah sudah dilanda kerisauan. Izarah yang baru berusia 11 tahun memang cukup merisaukan bila dia belum balik. Nek Idah terus mencari Izarah. Azri disuruh menjaga Irmah yang berusia 4 tahun. Nek Idah merasa gundah hatinya di dalam hujan lebat.

Dalam kerisauan itu Nek Idah terserempa­k dengan Anuar, adik kepada menantunya Alimah. Alimah telah berkahwin baru setelah bercerai dengan anaknya hanya disebabkan anaknya dibuang kerja. Malang menimpa bila anaknya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Masa itu Nek Idah di rumah di kampungnya, Alimah yang memberi tahu akan kemalangan itu. Nek Idah sedih bila Alimah menghubung­inya hanya disebabkan cucu-cucunya. Alimah tidak mahu menjaga anaknya sebab suami barunya tidak mahu terima anak tiri.

“Mak cik Idah tenang ya, dia ada ni, mungkin tengah berteduh di manamana,”kata Anuar setelah Nek Idah masuk ke dalam keretanya.

“Makcik risau Nuar sekarang ni kan banyak perkara yang berlaku terutama yang melibatkan kanak-kanak,”kata Nek Idah dengan sayu. Kerisauan terpancar di wajah Nek Idah. Anuar memandang dengan simpati. Dia sedar kakaknya yang sepatutnya menjaga anaknya bukan Nek Idah yang sudah tua.

“Dia ke mana sebenarnya mak cik?” tanya Anuar.

“Dia keluar jual kuih gelang sebab esok dia nak bayar yuran untuk lawatan minggu depan,”terang Nek Idah.

“Kak Limah tak kirim duit ke?”tanya Anuar.

“Kalau dia ada kirim takkan mak cik nak berjualan kuih,” kata Nek Idah dengan sedih. Anuar mengeluh dia benar benar marah dengan kakaknya.

“Dahlah tak nak jaga anak sendiri, duitpun tak kirim. Apa punya manusialah aduh, mak cik jangan risau ya, soal perbelanja­an anak-anak saudara saya tu saya yang akan tanggung, tak payahlah mak cik berjualan kuih lagi, kalau mak cik benarkan saya nak jaga mereka boleh?” tanya Anuar.

“Mak cik tak kisah. Anuar tanyalah mereka, anak mak cik pun nak jaga mak cik tetapi kerana cucu-cucu mak cik tak tergamak pula nak tinggalkan mereka ke rumah anak yatim,”kata Nek Idah.

“Saya tak ada anak mak cik. Isteri saya tidak boleh mengandung sebab itu saya nak ambil mereka jadi anak saya,”Anuar berkata lembut.

“Tu dia Nuar di balik pokok tu. Ya Allah! kasiannya dia kesejukan,”Anuar terus memberhent­ikan keretanya lalu memanggil Izarah. Izarah berlari mendapatka­n bapa saudaranya dan terus masuk ke dalam kereta bapa saudaranya.

“Kenapa tak balik nenek risau tau,” kata Nek Idah.

“Hujanlah nek, Zarah takut kuih basah,”jawab Izarah.

“Berapa yang kena beli?”tanya Anuar.

“Disebabkan hujan 10 biji je kena beli Pak Su. Ingat nak sambung jual tapi hujan tak juga berhenti,”kata Izarah lagi.

“Tak apa biar Pak Su yang beli semuanya,dan yuran untuk lawatan tu Pak Su bayarkan ya nak.”

“Betul ke Pak Su. Terima kasih Pak Su, Pak Su ibu apa khabar, kenapa ibu tak jenguk kami?”tanya Izarah.

“Dia sibuk sayang, tak apalah kan Pak Su ada,”kata Anuar penuh simpati.

“Pak Su boleh ke Zarah jumpa ibu, Zarah rindu dengan ibu,”kata Izarah dengan mata berkaca. Anuar rasa sedih mendengarn­ya. Dia tidak tahu kenapa kakaknya sanggup tinggalkan anakanakny­a. Mereka masih kecil belum tahu nak memikirkan hidup.

“Tak boleh sayang, sebab ayah tiri Zarah tak mahu terima kamu adik beradik, tak apa nanti Pak Su cari jalan macam mana kamu boleh jumpa dengan ibu kamu ya, sabarlah ya sayang,” pujuk Anuar pada anak saudaranya. Sampai di rumah Anuar singgah nak berjumpa Azri dan Irmah. Anuar mengalirka­n air matanya melihat keadaan rumah anak-anak saudaranya yang tak rupa rumah. Anuar masuk ke dapur semua tak ada beras hanya tinggal berapa uput saja lagi. Kicap dan sedikit bawang saja yang ada.

“Maaflah Anuar mak cik tak mampu bagi mereka makan yang sedap-sedap, anak anak mak cik pun tak mahu kirim duit lagi sebab mereka fikir Alimah kirim duit tiap bulan,”kata Nek Idah dengan sedih. Anuar bertambah simpati. Dia pun tidak pernah jenguk anak-anak sudaranya kerana kesibukan tapi entah kenapa hari ini dibukakan hati menjenguk anak-anak saudaranya dan timbul rasa hati hendak ambik mereka jadi anak angkatnya.

“Air pun sudah lama kena putus sebab mak cik tak ada duit nak bayar, hanya minta dengan jiran-jiran, elektrik ni ketua kampung yang bayarkan,” kata Nek Idah. Anuar menggeleng­kan kepala. Rupanya anak saudaranya hidup menderita.

“Tak apalah mak cik terima kasih kerana jaga mereka selama ini, Zarah, Azri dan Irmah Pak Su nak jaga kamu bertiga, nenek dah tua sudah tidak larat nak jaga kamu bertiga. Kamu semua mahu ke tinggal dengan Pak Su?”tanya Anuar.

“Tapi kami nak tinggal bersama nenek Pak Su, kalau kami ikut Pak Su siapa nak jaga nenek?”tanya Azri sambal memaut bahu Irmah. Izarah hanya diam tidak bersuara. Hatinya rasa sedih mengenangk­an hidup mereka yang susah. Mereka jadi terbiar kerana ibu mereka tidak pernah pedulikan mereka.

“Nenek akan tinggal bersama anaknya, tapi tak apa jika kamu rindu dengan nenek Pak Su akan bawa kamu jumpa nenek, sekarang kamu bersiap Pak Su nak bawa kamu makan KFC dengan nenek sekali ya,”kata Anuar cuba menghiburk­an hati anakanak saudaranya. Irmah bertepuk riang mungkin sudah lama dia tidak menjamah KFC.

Tiga hari selepas itu, Anuar datang hendak menjemput anak-anak saudaranya namun Nek Idah pula masuk Hospital Beaufort disebabkan sakit Asma. Izarah terpaksa menjaga neneknya di Hospital. Azri dan Irmah dibawa Anuar terlebih dahulu.

Izarah hairan semua anak-anak nenek tidak datang menjenguk nenek walaupun sudah diberitahu melalui Kak Senah satu-satunya jiran yang sangat prihatin pada kesusahan mereka. Jika ada makanan lebih Kak Senah akan membagi mereka. Di rumah Kak Senahlah, mereka mengambil air kegunaan mereka di rumah. Jika hujan turun mereka tidak akan minta air. Izarah mengeluh sebab hajatnya hendak turut pergi lawatan sekolah tidak kesampaian bila neneknya jatuh sakit. Kalau Mak Long dan Pak Ngahnya ada mungkin dia boleh pergi. Tidak mengapalah, yang penting nenek sihat kembali, kata hati Izarah cuba memujuk hatinya.

“Nek kenapa Mak Long dan Pak Ngah tak datang jenguk Nenek?”tanya Izarah kepada neneknya.

“Entahlah Zarah mereka sibuk barang kali,”jawab Nek Idah yang masih bersambung oksigen pernafasan, memang susah Nek Idah nak bernafas.

“Nek… Zarah tidak akan tinggalkan nenek, biarlah Azri dan Irmah tinggal bersama Pak Su, Zarah nak duduk bersama nenek bolehkan Nek?”tanya Izarah lagi, Nek Idah cuma mengangguk­kan kepada dengan wajah sayu. Nek Idah rasa sedih akan sikap anak-anaknya yang tidak peduli akan dirinya, kalau Arwah Ayah Izarah ada, dia tidak akan dibiarkan begini.

“Adik tahu di mana ahli keluarga nenek yang lain sebab doktor hendak cakap dengan mereka?” Jururawat yang selalu jaga Nek Idah bertanya kepad Izarah.

“Tak tahu kak. Kami sudah hubungi mereka sampai sekarang tidak datang,”kata Izarah merasa risau mungkin ada sesuatu yang berlaku dengan nenek. Izarah tiba-tiba merasa gembira bila melihat Pak Sunya datang.

“Itu Pak Su saya kak,”kata Izarah menunjuk ke arah Pak Sunya.

“Anak nenek awak ke?”tanya Jururawat itu sambil melihat Anuar yang semakin mendekat.

“Bukan kak, dia adik mak saya, kenapa kak ada sesuatu ke berlaku pada nenek saya?”tanya Izarah yang semakin bertambah risau.

“Tiada apa apa masalah sikit saja,”kata jururawat tak mahu bagi tekanan pada Izarah yang masih kecil. Anuar mendekati Izarah lalu mengusap kepala Izarah, buah-buahan yang dibawanya dan sedikit kuih-muih diletak di meja.

“Kenapa miss boleh saya tahu keadaan mak cik saya, sebenarnya saya sudah anggap mak cik ni macam mak saya,”terang Anuar lalu mengusap kepala Nek Idah membuat Nek Idah terharu lalu mengalirka­n air matanya.

“Kalau begitu encik jumpalah Doktor Khairul mari saya tunjukkan tempatnya,”Anuar mengikut jururawat itu. Dia merasa ada perkara buruk yang berlaku. Setelah berbincang lama Anuar terus menemui Nek Idah. Anuar diam tidak bercakap sepatahpun. Izarah menunggu Pak Sunya bersuara.

“Zarah tahu tak nombor telefon mak cik dan pak cik Zarah?”tanya Anuar dan Zarah terus mengambil buku kecil di dalam begnya lalu memberikan kepada Pak Sunya. Dalam buka itu ada alamat sekali. Lalu Anuar masukkan ke dalam poketnya. Dia mesti cepat menemui anak-anak Nek Idah yang mana

Nek Idah ada masalah hati dan buah pinggang. Anuar mengeluark­an duit RM100 lalu diberikan kepada Izarah.

“Zarah jaga nenek ya sayang, duit itu guna untuk belanja Zara dan nenek mana tahu nenek nak makan apa-apa, esok Pak Su bawa Azri dan Irmah hari ini mereka tak dapat ikut sebab sekolah agama,”kata Anuar lalu mengusap kepala Nek Idah yang masih bersambung oksigen.

“Mak cik saya balik dulu ya. Nanti saya hubungi anak-anak mak cik. Sabar ya mak cik,” kata Anuar merasa sedih melihat seorang ibu yang terlantar sakit tanpa ada anak-anak hanya harap cucu yang masih kecil. Anuar membersihk­an air mata Nek Idah merasa simpati.

Petang itu juga Anuar bertolak ke Kota Kinabalu mencari anak-anak Nek Idah. Anuar ditemankan isteri dan anak-anak angkatnya iaitu Azri dan Irmah. Puas mencari tidak jumpa juga. Anuar minta tolong kawannya, Roland yang biasa di bandar Kota Kinabalu. Sekejap saja dah jumpa rumah Mak Long Izarah. Anuar dan Roland keluar dari kereta lalu Anuar memberi salam lama memberi salam baru Mak Long Izarah keluar.

“Bagus ya perangai dia, dahlah tak jawab salam.”rungut Roland kawan Anuar. Anuar cuma menepuk bahu Roland.

“Kak saya Anuar adik kepada Alimah bekas adik ipar akak, saya datang ni berhajat boleh saya masuk?” kata Anuar.

“Tak apa cakap sini sajalah, apa masalahnya ya?”kata Mak Long Zarah.

“Pasal emak akak ada yang hendak saya bagi tahu,”kata Anuar berharap dapat berbincang di dalam rumah namun Mak Long Izarah tetap tidak beri dia masuk rumah. Anuar terkejut bila ada suara menjerit di dalam rumah.

“Biadap betul kau ya,membiar tetamu di luar, masuk encik kita bincang di dalam, eh itu Azri dan Irmah kan suruh dia masuk sekali,”Anuar terpana, otak dia terus meneka ini mesti suami Mak long Zarah. Anuar dan Roland terus masuk diikuti isteri dan anak anak angkat Anuar.

“Maaflah atas kelakuan isteri saya ya, saya Razali, suami dia. Ada apa sebenarnya ya?”tanya Razali lalu memangku Irmah.

“Begini bang, Mak Cik Idah ibu mentua Abang tengah kritikal di Hospital Beaufort, doktor nak jumpa anak-anak Mak Cik Idah,”terang Anuar.

“Ya ke, ya Allah saya tidak tahu perkara ini, jahanam betul anak-anak mak ni, inilah selalu diorang buat, terima kasih encik bersusah-susah datang ke sini bagi tahu perkara ini kalau tidak saya langsung tidak tahu,”kata Razali cukup kesal.

“Mak Cik Idah menghidap buah pinggang dan hati dia pun rosak dan jantung pun tidak ok,”terang Anuar. Razali terus bangun memanggil isterinya supaya bersiap.

Razali mengambil telefon lalu menghubung­i seseorang, mula-mula dia bercakap ok. tidak lama keluar bahasa kasar yang membuat Anuar dan Rolad berpandang­an.

“Kau dan kakak kau sama saja, kau tahu ke tidak, anjing pun tahu sayangkan ibu mereka. Ini kamu manusia benar-benar jahanam. Kamu tahu ke mak terlantar di hospital tanpa sesiapa menjaganya, kamu mahu mak cepat mati kan supaya kamu boleh hidup tanpa bebanan, tak guna punya manusia, ingat kau masih berhutang dengan aku. Mana duit yang aku kirim untuk belanja mak dan bayar bil air dan elektrik. kamu pakai langsung tak bagi mak, nasib baik Kak Senah yang bagi tahu, kau tunggu Man, aku belum puas hati dengan kau, kau tunggu aku ajar kau macam mana nanti,” telefon terus dimatikan Razali terus menjerit memanggil isterinya.

“Cepatlah sikit, kamu semua ni betulbetul berhati syaitan kalau aku turutkan hati mati semua aku kerjakan, sanggup kamu biarkan mak dalam kesusahan, tidak habis fikir aku, dengan gaya hidup kamu yang serupa hantu ni cepat!”jerit Razali lagi.

“Bang kami minta diri dulu ya. Azri, Irmah juga Izarah saya sudah uruskan jadi anak angkat saya Mak dia dan Nek Idah pun setuju serahkan mereka,”kata Anuar.

“Baguslah tu harap kau dapat jaga dan didik mereka supaya tidak jadi macam mak cik mereka ni, maaflah ya abang benar benar marah dengan mereka ni, janganlah kamu ambil hati ya, terima kasihlah kamu datang bagi tahu hal mak,”kata Razali dan Anuar terus menghulurk­an salam.

“Sayang salam Pak Long dan Mak Long,”arah isteri Anuar dan Anuar hanya memandang bila Razali menghulurk­an duit ke arah Azri dan Irmah RM50 seorang dan duit seratus dibagi kepada Anuar untuk Izarah. Anuar terus menghantar Roland balik rumahnya di Sembulan. Anuar terus membawa Azri dan Irmah jalan-jalan di Center Point.

“Bang,apa kata kita beli baju untuk Azri dan Irmah tengok baju mereka semua dah lusuh, mungkin sudah lama mereka tidak beli baju,”kata isteri Anuar.

“Ya lah pandai-pandai sayanglah, sekarang kita dah ada anak pandaipand­ai, sayanglah urus mereka,”kata Anuar.

Sebelum balik ke rumah Anuar singgah di hospital, Anuar belikan Izarah KFC untuk dia makan. Masih tak ada perubahan Nek Idah cuma dia nampak ceria sikit bila anaknya sudah sampai bersama menantunya. Anuar minta izin hendak bawa Izarah balik sebab sudah lama Izarah menjaga neneknya dan sudah lama. Izarah tidak bersekolah. Izrah tidak mahu tinggalkan neneknya tapi bila Pak Longnya bersuara Izrah terpaksa ikut Pak Sunya sebab dia pun sudah lama tidak bersekolah.

“Zarah jangan bimbang Mak Long yang akan jaga nenek, Zarah kena sekolah nanti terima surat daripada pihak sekolah, Pak Long pun tak balik nak jaga nenek Zarah ikut Pak Su kamu ya sayang.”

Izarah balik ikut Pak Sunya. Ayam KFC masih tak dimakan sampai di rumah baru Izarah makan. Di rumah Pak Sunya Izarah teringatka­n ibunya, air mata Izarah mencurah-curah dia cuba sembunyika­n rasa rindunya kepada ibunya namun diketahui juga oleh Mak Sunya iaitu ibu angkatnya.

“Zarah jangan menangis sayang, sekarang Umi ada untuk Zarah janganlah difikirkan ibu lagi ya nak, Umi sayang Zarah dan adik adik Zarah berilah peluang pada Umi jadi ibu kalian semua ya nak,”pujuk Mak Su yang membahasak­annya Umi.

Izarah ke sekolah dengan hati yang runsing namun dipaksa juga ke sekolah. Izarah asyik termenung ingatkan neneknya. Izarah terkejut bila Pak Sunya datang bersama Umi. Hatinya berdebar-debar mesti ada sesuatu yang berlaku ke atas nenek.

“Ayah… Umi… ada apa-apa ke yang terjadi ke atas nenek?”Pak Su yang telah dipanggil ayah berpandang­an bersama Umi.”

“Sayang kita balik kampung nenek ya nenek dah tak ada,”serta merta Izarah pengsan mujur Anuar cepat menangkap kalau tidak sudah jatuh ke lantai. Lama juga Izarah pengsan. Bila Izarah sedar Izarah terus dipeluk Umi. Izarah menangis teresak-esak. Guru kelas Izarah pun memujuk Izarah supaya bertenang begitu juga guru besarnya. Oleh kerana Izarah lemah ayahnya mendukung Izarah sampai ke kereta. Azri dan Irmah turut di belakang Umi.

Kematian Nenek Idah menjadi tekanan kepada Izarah. Izarah tidak banyak cakap. Makan tak lalu dan ke sekolah pun dia tidak mahu, puas Uminya pujuk dia tidak mahu sekolah juga. Izarah akhirnya kalah bila dia terkena demam panas. Izarah menyebut nama neneknya sekali-sekala ibunya dalam matanya yang terpejam. Anuar sudah mula risau dibawanya Izarah ke hospital.

“Sayang tunggu Izarah ya abang nak ambil Azri dan Irmah bawa mereka makan, lepas tu saya nak ke rumah kakak,”kata Anuar dan terus pergi.

Selepas membawa Azri dan Irmah makan terus dia ke rumah kakaknya. Kebetulan abang iparnya ada. Azri terus masuk berjumpa kakaknya yang sedang mendukung anak kecilnya.

“Kau datang ni, kenapa Nuar nak cakap pasal anak buah kau tu ke?”tegur Abang Ipar Anuar membuat darah muda Anuar menggelega­k.

“Ya kenapa salah ke, itukan anakanak kandung Kakak juga!”kata Anuar kasar.

“Jangan lupa perjanjian bila sudah nikah putus perhubunga­n dengan anak-anak kau Alimah kau sendiri yang setuju,”kata Abang Ipar Anuar dengan selamba.

“Abang ni kenapa sanggup memutuskan hubungan anak yang masih kecil dengan ibu mereka, binatang pun tahu sayang anak-anak mereka bang, kalau setakat nak berjumpa takkan itupun tak boleh, Kakak Izarah sakit sekarang dia rindukan kakak bagus kakak jenguk Izarah, dia ditahan di hospital sekarang demam teruk,”Kata Anuar yang masih dalam keadaan marah.

Kakaknya tidak berani bercakap dia menunggu suaminya membenarka­nnya. Namun tiada suara suaminya. Anuar bangun lalu meluahkan perasaan kecewanya.

“Kak kalau apa-apa terjadi dengan Izarah, Azri dan Irmah selepas ini, Nuar tidak akan bagi tahu kakak, mereka sudah jadi anak-anak Anuar, surat-surat yang akak sudah akak tandatanga­n bukti yang akak sudah serahkan Izarah, Azri dan Irmah kepada saya, jangan salahkan anakanak akak jika mereka sudah tidak kenal ibu mereka,”kata Anuar lalu terus pergi tanpa bersalam dengan kakaknya. Anuar mendengar kakaknya menangis ketika dia keluar pintu. Tiga hari Izarah ditahan baru dia dilepaskan keluar. Izarah kelihatan segar apa lagi rambutnya disikat rapi oleh Uminya.

Izarah tiba-tiba bersembuny­i di belakang Uminya bila melihat ibunya. Izarah terjerit jerit agar ibunya pergi. Terpaksany­a Uminya memeluknya kerana Izarah ketakutan melihat ibunya. Alimah menangis teresak-esak. Berkali-kali Alimah pujuk tetap juga mereka tidak mahu disentuh ibunya. Anuar kasihan juga melihat kakaknya.

Anuar menerima surat pertukaran kerana naik pangkat ke Kuala Lumpur dia begitu sibuk mengurus perpindaha­n ke Kuala Lumpur. Bila Alimah dapat tahu dia berusaha hendak ambil balik anak-anaknya walaupun suaminya tidak mahu terima. Pertengkar­an besar berlaku antara Alimah dan Anuar.

“Kalau kakak benar-benar nak ambil mereka ok. Kakak tanya anak-anak kakak mereka mahu ke tidak ikut akak,”kata Anuar.

“Mereka anak-anak akak Nuar kenapa pula mereka tak mahu ikut akak, kau racun fikiran anak-anak akak Nuar,”kata Alimah sambal membersihk­an air matanya.

“Akak ambillah kalau mereka mahu, Nuar tak akan halang akak,”Anuar terus mengizinka­n kakaknya membawa Izarah Azri dan Irmah. Namun malang semua memeluk Umi dan Azri bersembuny­i di dalam bilik.

“Kami semua tidak mahu ikut ibu, dulu kami susah dengan nenek ibu langsung tak jenguk kami nasib ada ayah dan Umi sudi ambik kami setelah nenek sudah pergi,”kata Izarah kepada ibunya.

“Zarah, ibu minta maaf nak, dulu. Ayah tiri kamu yang tak mahu. Sekarang dia dah berubah mahu terima kamu, ikut ibu ya sayang,”pujuk Alimah lagi.

“Tak mahu nanti ayah tiri pukul kami, ibu baliklah kami nak ikut ayah dan Umi,”kata Izarah. Irmah memeluk Umi, dia tepis tangan ibunya yang hendak mendukungn­ya. Berbagai cara Alimah memujuknya semua anakanakny­a menolak.

“Kak sudahlah, pelihara saja anak akak yang ada sekarang, soal Izarah, Azri dan Irmah biarlah kami jaga mereka, kakak jangan susah hati bila ada cuti kami akan balik dan bawa anak-anak akak jumpa akak jangan risau kak, saya akan pastikan mereka kenal akak sebagai ibu kandung mereka,” lama Alimah terdiam dia amat kecewa, tapi hendak buat macam mana silapnya juga tidak pernah menjenguk mereka kerana sibuk dengan anak dan suami barunya sampai anak-anak merajuk tidak mahu bersamanya lagi.

Di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu Alimah menangis teresak-esak kerana akan berpisah dengan anak-anaknya. Ibu Alimah sempat memarahi Alimah kerana membiarkan cucunya tinggal bersama neneknya di kampung yang dalam keadaan susah. Kalau Anuar tidak bercerita, Ibu Alimah tidak akan tahu cucunya hidup menderita.

Bila ibu Alimah tanya Alimah akan cakap mereka baik-baik saja. Padahal hidup menderita di kampung, itu yang jadi kemarahan ibu Alimah termasuk Suami Alimah kena sembur oleh Ibu Alimah.

Anuar hanya senyum sambil mendukung Irmah. Azri dipimpin oleh Umi. Izrah bersalam pada semua bila sampai pada ibunya Izrah terdiam seketika lalu terus memeluk ibunya.

“Maafkan Zarah bu. bukan Zarah benci ibu tapi Zarah tidak biasa dengan keluarga ibu, biarlah Zarah hidup bersama ayah dan Umi, nanti ada masa kita jumpa juga nanti,”kata Zarah membuat ibunya menangis teresakesa­k sambal memeluk erat Izarah.

Azri masih tidak mahu bersalam dengan ibunya begitu juga Irmah. Izarah dipimpin masuk oleh Umi ke balai berlepas. Semua melambaika­n tangan. Izarah tiba-tiba menangis melihat ibunya. Anuar cepat-cepat memujuk Izarah. Irmah diserahkan kepada Umi. Azri pula memegang lengan Umi.

Anuar bersyukur di dalam hati kerana memberikan dia anak-anak walaupun bukan anak kandungnya sendiri. Kehadiran Izarah, Azri dan Irmah benar-benar mengubah hidup mereka daripada hambar menjadi keluarga yang bahagia. Anuar juga berdoa semoga bertambah keluargany­a, seorang pun jadilah. kata hati Anuar yang sentiasa berharap. Namun kalau tidak ada, apa boleh buat, baginya cukuplah apa yang ada. Lengkap sudah kehidupan keluargany­a.

 ??  ?? Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan
 ??  ?? Karya
MAK NGAH WESTON
Karya MAK NGAH WESTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia