Utusan Borneo (Sabah)

Pembatik di persimpang­an

Yuslan Jafri pelukis dan entreprene­ur

-

MENURUT sejarahwan seni Asia T.K Sabapathy dalam bukunya Writing the Modern 2018 menekankan bahawa batik adalah salah satu seni budaya yang boleh dianggap kepunyaan bangsa Nusantara yang sangat berbeza dari seni yang diimport dari barat terutamany­a karya seni lukis easel yang dibawa oleh kolonial ke negara ini.

Batik sudah lama bertapak di Nusantara terutamany­a di Indonesia, Malaysia dan Brunei namun setiap masa seni batik dipertingk­atkan dari aspek bentuk, ragam hias, corak motif warna dan juga media atau bahantaran­ya.

Boleh dikatakan setiap negara di Nusantara mempunyai batik gaya mereka tersendiri misalnya Indonesia dengan gaya dan bentuknya tertentu, dan Malaysia juga mempunyai batiknya yang tersendiri. Namun begitu di negeri Sabah beberapa usaha telah dijalankan oleh pembatik tempatan yang cuba menghasilk­an karya batik bercitaras­akan negeri Sabah.

Salah seorang pembatik tempatan yang gigih menghasilk­an batik Sabah adalah Ruslan Jafri yang berasal dari Sandakan. Beliau mula membuat batik secara serius setelah mendapat pendidikan dan latihan melalui tunjuk ajar dari pakar pakar batik semasa menjadi pelatih di kilang batik di Kuala Lumpur sekitar tahun 1990. Ketika itu industri batik mendapat sambutan hangat di seluruh negara.

Menurut pengalaman Yuslan mencari ilmu seni batik berlaku secara tidak sengaja namun segala-galanya bermula kerana minat untuk mengubah kehidupann­ya. Selepas peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1993, ketika sedang mencari cari hala tuju selepas meninggalk­an bangku sekolah juga demi membantu keluarga dan mencari pengalaman, beliau bekerja di sebuah kedai menjual barangan seni di Wisma Sandakan sekitar 1994 sebagai artis.

Tugas beliau selain melukis potret juga membuat reka bentuk grafik menurut kehendak pelanggan. Secara tidak dirancang, minat Yuslan untuk berkecimpu­ng dalam seni batik berlaku atas galakan sahabat yang kebetulan tuan punya kedai batik berhadapan tempat beliau bekerja.

Menerusi motivasi oleh pengusaha kedai batik tersebut akhirnya beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan mengikut kursus batik sebagai apprentice atau belajar sambil bekerja di salah sebuah kilang batik di ibu kota pada tahun 1995.

Walaubagai­manapun nasib menyebelah­i Yuslan, setelah tamat belajar sebagai apprentice beliau seterusnya telah dipelawa oleh sahabat untuk bekerja di kilang batik di Selayang, Selangor. Semasa bekerja sebagai pembatik di kilang tersebut banyak ilmu serta selok-belok perniagaan batik diketahui. Namun beliau sangat tertarik dengan kemahiran yang dimiliki oleh pembatik pembatik di kilang tersebut terutamany­a tukang canting yang menjadi tunggak kepada kilang tersebut kerana lukisan canting mereka sangat halus dan tinggi mutunya.

Yuslan merasakan ini adalah peluang terbaik untuk mendapat tunjuk ajar kerana kemahiran mencanting amat susah untuk dikuasai apatah lagi untuk menjadi pakar. Pemerhatia­n tersebut telah mencetuska­n hasrat beliau untuk belajar mencanting dengan tokoh tokoh tersebut.

Justeru melalui latihan secara tidak formal selepas masa bekerja beberapa bulan akhirnya beliau merasa yakin akan kemahiran yang diperolehn­ya. Setelah mendapat kemahiran yang diidamkan, Yuslan seterusnya pulang ke Sandakan dan bekerja dengan sebuah hotel di sana. Namun minat untuk menjadi pembatik dan pengusaha sangat kuat di sanubari sehingga akhirnya beliau telah kembali semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sana.

Hasrat untuk menjadi pengusaha batik begitu kuat dan Yuslan meninggalk­an jawatan di kilang batik dan membuka perusahaan batik sendiri di bawah Syarikat YJ Design. Syarikat tersebut berkembang dengan pesatnya selama hampir sembilan tahun.

Kehebatan ciptaan corak dan reka bentuk batik anak muda kelahiran Sabah ini sangat memukau ramai dari peminat beliau di Semenanjun­g dan juga di negeri Sabah sendiri.

Beliau akhirnya ditawarkan sebagai jurulatih dan pakar Tunjuk Batik di Pusat Kraftangan Keningau dan terpaksa berpindah demi menyumbang­kan khidmat bakti kepada negeri kelahirann­ya. Pada masa sama Yuslan juga membuka perusahaan sendiri bagi memasarkan hasil ciptaan batik beliau kepada peminat tempatan melalui syarikat House of Sabah Batik.

Jelas sekali sebagai seorang yang minat untuk mempromosi­kan batik tempatan Yuslan sangat aktif dan tidak berputus asa untuk menjadi pengusaha atau entreprenu­er batik canting tempatan yang mempunyai citarasa serta bentuk ciptaan batik Sabah

Penyelidik­an yang dijalankan menerusi pembacaan serta lawatan di kawasan pedalaman menghasilk­an banyak motif etnik dan tradisiona­l yang diterapkan beliau ke dalam ciptaan batik sama ada kain mahupun lukisannya.

Untuk menonjolka­n nama serta jenama ciptaan, beliau telah mengambil bahagian dalam banyak acara pertunjuka­n fesyen di Sabah dan juga di Kuala Lumpur umpamanya pertunjuka­n fesyen di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur dan pameran batik di MATRADE di Kuala Lumpur.

Melalui pameran dan pertunjuka­n fesyen batik yang diikuti Yuslan biasanya memberikan jaringan perniagaan. Beliau juga berjaya menempa nama di kalangan pembatik dalam negara dan luar negara umpamanya pada tahun 2010 dan 2011 beliau telah dijemput untuk mewakili Malaysia ke Jakarta World Batik Summit dua tahun berturut-turut satu perhimpuna­n berprestij antara bangsa pembatik pembatik tersohor seluruh dunia.

Kini Yuslan bertugas sebagai Pereka Batik dan Fesyen di Syarikat Kristal Handal Sdn Bhd, anak syarikat Kraftangan Yayasan Negeri Sabah. Sebagai seorang seniman yang gigih Yuslan banyak menghasilk­an karya batik lukis untuk pameran di Galleria Artisan di Bangunan Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah yang baharu di Telok Likas dan juga pameran Pusat Kraftangan Keningau.

Beberapa buah karya hasil ciptaan beliau telah berjaya menghiasi bangunan kerajaan dan juga menjadi koleksi orang kenamaan di dalam dan luar negara. Karya Yuslan Jafri banyak menekankan kepada teknik mencanting serta komposisi warna yang sangat mantap dan matang.

Salah satu karya beliau bertajuk Puncak Kinabalu, tahun 2015, menggambar­kan imej puncak Low Gunung Kinabalu mercu tanda yang terkenal, dengan gubahan unik di mana garisan janting yang berbagai-bagai saiz telah menghasilk­an jalinan menarik dan membentuk puncak gunung yang bercahaya hasil dari refleksi pancaran matahari yang dirungkai beliau seolah terbit di ufuk timur. Gambaran yang berjaya mengimbau suasana hening terutamany­a pendaki yang berjaya sampai ke puncak tersebut.

Kepelbagai­an motif serta corak yang disusun oleh Yuslan melalui permainan canting di atas kain sutera berjaya memukau khalayak untuk menyaksika­n sebuah lukisan batik yang dicernakan sangat memukau mata audien. Menurut pengkritik tersohor Inggeris John Keat (1821), berkaitan keindahan yang tercetus dari ciptaan Yuslan “The excellence of every art is in its intensity capable of making all disagreeab­le evaporate, from their being in close relationsh­ip with beauty and truth.”

Yuslan bukan sahaja memiliki keterampil­an tinggi dalam melukis menggunaka­n canting alat melilin yang digunakan oleh pembatik-pembatik malah beliau juga mempunyai kemahiran menggubal warna yang menjadi elemen utama dalam penghasila­n sesebuah reka bentuk batik yang mempesonak­an.

Oleh sebab itu biasanya beliau akan menghasilk­an ciptaan batik yang berbentuk boutique di mana setiap ciptaan kain yang dihasilkan tidak mempunyai salinan atau rekaan yang sama.

Pengalaman bekerja selama dua puluh tiga tahun dalam industri batik mengajarka­n ketahanan diri serta keyakinan dan kekuatan kepada beliau yang seterusnya berjaya memiliki rahsia atau formula tersendiri bagi menghasilk­an karya batik yang menggetark­an jiwa si pemakai atau penghayatn­ya.

Di samping melukis batik beliau juga sering diminta menghasilk­an mural berbentuk batik dan doodle di sekitar bandar Sandakan, Keningau dan juga di bangunan Menara Tun Datu Mustapa di Likas, Kota Kinabalu.

Kegigihan pembatik Yuslan Jafri sepatutnya dicontohi oleh pelukis muda dan juga pembatik tempatan kerana usaha untuk menghasilk­an karya yang unik tidak terletak kepada kemahiran melukis sematamata namun yang lebih penting menurut pembatik muda ini.

Menurut beliau lagi seseorang pelukis harus mempunyai pemikiran proaktif serta konsepsi yang tinggi untuk menghasilk­an karya yang dinamik serta relevan setiap masa tanpa mengorbank­an ikon tradisi yang menjadi intipati sebagai kebanggaan bangsa dan negara.

Dalam hal ini pembatik yang tidak pernah puas dengan kemahiran sebagai artisan atau pelukis sahaja bahkan beliau juga berjaya mencapai hasrat sebagai pengusaha batik dan fesyen yang berjaya walaupun menempuh berbagai-bagai halangan pahit getir sebagai seorang aktivis pembatik negeri di bawah bayu.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? YUSLAN fesyen. (kiri) bersama teman pereka di pertunjuka­n
YUSLAN fesyen. (kiri) bersama teman pereka di pertunjuka­n
 ?? CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS ??
CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS
 ??  ?? YUSLAN
YUSLAN
 ??  ?? SABAH NEGARI BERTUAH. Batik atas sutera.
SABAH NEGARI BERTUAH. Batik atas sutera.
 ??  ?? DI BAWAH GELORA. Batik atas Creaped, Chine. 2016.
DI BAWAH GELORA. Batik atas Creaped, Chine. 2016.
 ??  ?? PUNCAK KINABALU. Batik atas Sutera. 2015.
PUNCAK KINABALU. Batik atas Sutera. 2015.
 ??  ?? TAGAL , IKAN KELAH. Batik atas Rayon. 2017.
TAGAL , IKAN KELAH. Batik atas Rayon. 2017.
 ??  ?? MURAL ciptaan Yuslan Jafri.
MURAL ciptaan Yuslan Jafri.
 ??  ?? SOMPOTON. Batik. 2017.
SOMPOTON. Batik. 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia