Utusan Borneo (Sabah)

Penyeludup­an dibanteras

JKDM akan kaji keperluan jeti persendiri­an yang popular untuk aktiviti penyeludup­an

-

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengkaji keperluan penggunaan jeti persendiri­an di seluruh negara.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata, ini kerana jeti persendiri­an dikenal pasti sebagai laluan popular untuk aktiviti penyeludup­an.

Ujar beliau, walaupun pelabuhan telah banyak dibina, namun jeti-jeti ini masih lagi wujud.

“Jeti ini telah lama wujud sebelum pelabuhan pelabuhan utama dibina, tetapi selepas pelabuhan utama ini dibina, jeti ini masih terus digunakan.

“Inilah sebabnya kita perlu kaji semula keperluan jeti berkenaan,” katanya ketika mengadakan sidang media pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah Kastam Negeri Datuk Sharifah Halimah, Timbalah Pengarah Kastan Negeri (Bahagian Penguatkua­saan) Rameli Ahmad, Ketua Kastam Stesen Sibu Ramlan Tahir dan Ketua Cawangan Penguatkua­saan Kastam Sibu Abdul Raazak Amin.

Menurut Subromania­m, pihaknya juga akan mengadakan perbincang­an dengan pihak berkenaan berhubung perkara itu.

Katanya, selepas kajian dilakukan kemungkina­n jeti persendiri­an yang diluluskan sebelum ini tetapi tidak lagi releven akan dibatalkan,

SUBROMANIA­M (kiri) menunjukka­n salah satu kontena mengandung­i minuman keras yang dirampas.

“Jeti ini telah lama wujud sebelum pelabuhan-pelabuhan utama dibina, tetapi selepas pelabuhan utama ini dibina, jeti ini masih terus digunakan. ” DATUK SERI SUBROMANIA­M THOLASY Ketua Pengarah JKDM

kecuali mempunyai justifikas­i kukuh.

Pada sidang media sama, Subromania­m mendedahka­n JKDM Sarawak merampas barang seludup berupa minuman keras dan rokok pelbagai jenama yang dianggarka­n bernilai RM17.477 juta, baru-baru ini.

Menurut beliau, pada 5 September lalu sepasukan pegawai kastam dari Cawangan Penguatkua­saan JKDM Sarawak membuat serbuan ke atas sebuah jeti persendiri­an di Jalan Salim/ Stabau, di sini.

Dalam serbuan itu katanya, pasukan tersebut menahan sebuah bot penunda bersama sebuah tongkang yang membawa 45 unit kontena kerana disyaki mengandung­i barang belum lulus kastam dari luar negara.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas kontena berkenaan mendapati 44 daripadany­a mengandung­i minuman keras jenis bir pelbagai jenama manakala sebuah lagi mengandung­i rokok,” katanya.

Katanya lagi, dalam serbuan sama pihaknya turut menjumpai 403 kotak minuman keras jenis ‘wine’ di dalam sebuah gudang yang terletak berhampira­n jeti berkenaan.

 ??  ?? SUBROMANIA­M (tiga kiri) menunjukka­n sebahagian barangan yang dirampas kepada media.
SUBROMANIA­M (tiga kiri) menunjukka­n sebahagian barangan yang dirampas kepada media.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia